Gaya HidupMakan & Minum

Dua Resepi Aising Mudah Buat Anda Yang Baru Mula Belajar Baking

Ya, kami sangat faham struggle yang anda lalui untuk buat aising lepas dah penat-penat buat kek yang selama ini anda tak pernah cuba – sebab anda masih lagi cuba belajar macam mana nak bake kan?

Bagi memudahkan sikit hidup anda, kami ada beberapa resepi yang sangat mudah untuk anda cuba sekarang juga:

  1. Aising Biasa

ay-icing-recipe-310114-de__large

  1. 3 putih telur sederhana
  2. 2 sudu besar jus lemon
  3. 2 sudu teh gliserin
  4. 674g gula aising, (diayak)

Cara-cara:

  1. Letakkan putih telur dalam mangkuk besar dan pukul sehingga berbuih: perlu ada hanya satu lapisan buih di bahagian atas.
  1. Tambah jus lemon, gliserin dan 2 sudu besar gula icing dan pukul sehingga sebati.
  1. Masukkan gula sedikit pada satu masa dan pukul sehingga campuran adalah licin dan tebal, dan dapat membentuk soft peaks yang macam selalu anda tengok dalam rancang tv tu.

Siap! Senang gila kan?

Okay jom kita tengok macam mana pula nak buat aising buttercream ni. Aising ni teksturnya lebih senang dibentuk dari aising biasa, dan rasanya lebih berlemak, kaya, dan enak!

  1. Aising buttercream

e5-buttercream-icing-010114-de__large

  1. 75g mentega tanpa garam
  2. 175g gula aising (diayak)
  3. Beberapa titik esen vanilla (1-2 susu sudu besar)

Cara-cara:

  1. Letakkan mentega dalam mangkuk, kemudian pukul sehingga ia kembang.
  1. Secara beransur-ansur masukkan dan kacau bahan-bahan lain dan pukul sehingga sebati.

Siap! Yang ini lagi senangkan? Selamat mencuba semua!

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button