Mesti ada yang tercari-cari di mana tempat menarik untuk menikmati keindahan hutan tropika di Malaysia. Di sini kami akan menyenaraikan 12 tempat terbaik untuk anda yang sukakan suasana alam semula jadi di dalam hutan.
1.Fig Tree Hill, Pulau Pinang

Siapa sangka di kota Pulau Pinang yang sibuk ini mempunyai tempat seperti ini. Fig Tree Hill adalah tempat yang terbaik untuk anda yang sukakan suasana yang tenang di dalam hutan tropika. Terdapat juga kolam renang, di mana anda dapat menghayati pemandangan hutan di sekelilingnya dan merasai suasana semula jadi. Binaan resort ini terdiri daripada papan dan kayu-kayu pokok menaikkan lagi aura semula jadi anda di sini.
2.Tadom Hill Resort

Sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti air dan sukakan suasana hutan. Anda boleh menginap di sini dan mereka mempunyai pelbagai jenis penginapan untuk anda antaranya Gendui Chalet, Bamboo Hut, Hammock Spheres dan Lakeside Tent. Bagi yang tidak mahu menginap di sini juga dibenarkan masuk bagi yang ingin melakukan aktiviti air dan perkelahan.

3.Chengal Hill Retreat, Pahang

Chengal Hill Retreat adalah salah satu tempat percutian yang terbaik di Janda Baik, Pahang. Terdapat beberapa jenis bilik yang Riverside Chalet (RM150 semalam), Dorm Chalet (RM88 satu malam), Water Chalet (RM107 semalam) dan Apachi (RM125 semalam). Retreat ini dikelilingi oleh hutan yang indah dan air terjun. Tempat terbaik untuk melepaskan tekanan.

4.Casabrina Villa, Pahang

Di sini anda dapat merasai untuk berehat di infinity pool mereka sambil menikmati pemandangan hutan lipur yang menakjubkan. Â Tambahan dengan saiz bilik yang luas dan ringkas ini memberi keselesaan lagi kepada anda. Berada di kawasan tengah hutan lipur tentu pada waktu pagi anda dapat menghirup udara yang sangat segar dan tentunya akan merasa sejuk yang semula jadi! Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini termasuk golf, jungle trekking dan safari.

5.Malihom, Pulau Pinang
Selain Fig Tree Hills, antara pilihan lain untuk anda menginap dalam suasana kehijauan di dalam Pulau Pinang ialah Malihom Retreat. Retreat ini letaknya di Balik Pulau dan menawarkan pengalaman bercuti yang menarik  yang dikelilingi pokok-pokok hijau.

6.Idaman House, Pahang

Sesuai untuk Weekend Getaway bersama keluarga atau rakan-rakan.Di sini anda dapat rumah persendirian 5 bilik yang boleh memuatkan 10 orang tetamu. Dari balkoni bilik anda akan dapat melihat pemandangan hutan hujan tertua di Malaysia.

7.Masbro Village, Melaka

Mungkin anda tidak percaya Masbro Village ini di Malaysia kan? Ia hanya 7 kilometer dari pusat bandar bersejarah Melaka, tempat ini bagus jika anda mencari tempat picturesque yang berdekatan dengan tempat – tempat menarik di Melaka. Dan tempat ini juga sentiasa menjadi tempat yang terkenal untuk orang mengambil gambar.

8.Philea Resort, Melaka

Tempat ini juga terbaik untuk anda yang inginkan ketenangan yang sepenuhnya. Persekitaran resort ini sangat cantik bersesuai dengan rekaan biliknya juga cantik memberi kepuasan kepada anda untuk menginap disini. Antara kemudahan yang disediakan di resort ini adalah kolam renang, sauna, kelab kanak-kanak, pusat kecantikan, padang golf dan spa. Resort ini juga berhampiran dengan Zoo Melaka.

9.Templer Park Rainforest Retreat, Selangor

Hanya 40 minit memandu dari pusat bandar, resort yang terletak di tengah-tengah hutan simpan Kancing ini memberi anda peluang untuk lari dari kesibukan bandar tanpa berjalan jauh. Sesuai untuk percutian hujung minggu yang singkat.
10.The Dusun Mantin, Negeri Sembilan

Rumah Rehat ini diperbuat daripada kayu dan direka dengan elemen modern-tradisional. Tetamu dapat melihat pemandangan hutan lipur semulajadi yang belum pernah disentuh manusia.
Supaya suasana resort tidak menjadi terlalu sesak dan untuk menjaga keindahan alam disini, hanya bilangan tetamu yang terhad sahaja dibenarkan menginap disini pada bila-bila masa.

11.Sekeping Serendah, Selangor
Tetamu dapat tidur didalam chalet yang berkonsep terbuka supaya mereka dapat menghayati dengan sepenuhnya pengalaman berehat ditengah hutan. Anda tidak perlu risau digigit nyamuk kerana setiap katil disediakan dengan kelambu.

12.The Shorea, Negeri Sembilan

Apabila anda ke sini, tentu segala masalah dan tekanan anda dapat dilupakan sebentar. Di sini terdapat 2 kolam renang buatan manusia dan satu kolam renang air sungai semulajadi.
Selain daripada berehat didalam suasana resort yang mewah, anda juga berpeluang untuk melakukan aktiviti seperti, mountain biking, jungle treking, nature walk dan bermandi-manda di air terjun Jeram Toi.
