Sukan

Sains Mendapati ‘Practice Makes Perfect’ Dalam Sukan Tidak Berkesan

Walaupun kajian sebelumnya dan pepatah lama mengatakan “practice makes perfect”, sebuah kajian baru telah menunjukkan bahawa apabila ia melibatkan sukan, kemungkinannya adalah lebih rendah daripada yang dipercayai sebelumnya.

Dalam satu kajian baru oleh Case Western Reserve University, penyelidik telah menganalisis 52 set data berhubungan latihan dan prestasi dalam bidang sukan dan mereka mendapati bahawa walaupun latihan mampu menyumbang sebanyak 18 peratus daripada varians dalam prestasi sukan, namun ia hanya menyumbang sebanyak 1% daripada varians dalam prestasi di kalangan atlet peringkat elit. Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Perspektif Dalam Sains Psikologi. swimming-sports-competition-pixabay-swimmers-79592_1280-770x470

“Walaupun latihan penting untuk atlet elit dalam mencapai tahap persaingan yang tinggi, selepas waktu tertentu, jumlah latihan itu pada dasarnya tidak lagi boleh dibezakan dengan siapa yang telah membuat latihan yang lebih banyak dan siapa yang lebih sedikit,” kata Brooke Macnamara, penulis utama penyelidikan ini.

Konsep atau idea yang percaya bahawa 10,000 jam kerja keras dan dedikasi dalam latihan akan membawa kepada kecemerlangan dalam sukan adalah satu perkara yang biasa.

“Tetapi ia walau bagaimanapun bergantung kepada perbezaan pengamal sukan dan sukan itu sendiri,” Macnamara menambah.

Prestasi manusia dalam sukan adalah kompleks dan lebih banyak perkara perlu di ambil kira semasa latihan berbanding hanya berlatih berulang kali.

Walaupun penyelidikan awal turut menunjukkan bahawa bermula lebih awal boleh membantu atlet mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi (kerana anda mengambil lebih banyak masa dalam membina kemahiran anda), namun keputusan pasukan penyelidikan itu turut menunjukkan yang perkara sebaliknya juga boleh berlaku.

Contohnya, tidak bermakna jika anda mula terlibat dalam sesuatu sukan pada usia akan memberikan atlet itu kelebihan tambahan ke atas pesaingan mereka.

sports-running-istock_00004342-4ed8f101831-originalMenurut kajian itu, atlet yang berkemahiran lebih tinggi mula membuat latihan sukan mereka di sekitar umur yang sama seperti atlet  yang kurang mahir, atau mungkin juga lebih lewat sedikit daripada itu.

Pasukan penyelidik itu juga percaya bahawa atlet sebenarnya boleh mendapat manfaat yang lebih dengan menunggu lebih lama untuk pakar dalam sesuatu jenis sukan, kerana seorang atlet yang lebih matang secara fizikalnya boleh belajar sesuatu aktiviti dengan lebih mudah dan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk cedera.

Faktor-faktor lain yang para saintis ini percaya akan mempengaruhi prestasi sukan adalah faktor seperti sifat-sifat genetik seperti otot dan tahap maksimum pengoksigenan darah, dan ciri-ciri kognitif, psikologi dan tingkah laku seperti keyakinan, kebimbangan prestasi, kecerdasan dan kapasiti ingatan.

“Prestasi manusia adalah sangat kompleks, dan ini membuktikan bahawa pelbagai faktor perlu dipertimbangkan, dan hanya satu daripada factor-faktor itu adalah latihan.”

Para penyelidik itu juga percaya bahawa dengan penyelidikan ini, jurulatih sukan, atlet, dan ibu bapa boleh menggunakan hasilnya untuk menilai semula kepentingan masa latihan dan berapa banyak untuk melabur di dalamnya.

Sumber: Star2

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker