AntarabangsaIsu Semasa

IS Menerbitkan Majalah “Tips” Untuk Lakukan Serangan Menggunakan Lori

Baru-baru ini, laporan mendedahkan bahawa kumpulan pengganas IS mempunyai aplikasi telefon pintar mereka tersendiri yang direka khas untuk mendidik pejuang-pejuang mereka ‘teknik peperangan’ secara maya.Terkini, kumpulan tersebut juga menerbitkan majalah mereka bergelar Rumiyah dalam beberapa bahasa termasuk Bahasa Inggeris bagi menyeru pengikut mereka untuk melaksanakan serangan menggunakan lori seperti insiden di Nice, Perancis pada bulan Julai lalu dan di Berlin, Jerman, pada hari Isnin baru-baru ini.

Majalah militan itu juga amat membangga-banggakan ‘kejayaan’ Mohamed Lahouaiej Bouhlel, penyerang warga Perancis-Tunisia, dalam melancarkan serangan lori di Nice pada Hari Bastile yang mengorbankan 84 orang mangsa.

d005e828807fefacb1f529dcbe46f179-600x312
Sumber: Twitter

Serangan tersebut turut disifatkan sebagai “demonstrasi hebat” di dalam majalah berkenaan.

Selain itu, IS mengisi majalah tersebut dengan gambar-gambar perarakan Hari Kesyukuran Macy di New York, di mana salah satu gambar itu diletakkan kapsyen berbunyi “sasaran yang sangat baik”.

Dalam insiden di Berlin pula, serangan lori yang dilancarkan oleh IS meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa manakala 84 orang lagi tercedera.

Polis Jerman kini sedang memburu seorang warga Tunisia bernama Anis Amri yang meninggalkan kad pengenalannya di dalam lori yang dinaiki.

Setakat ini, pihak polis masih tidak mengetahui bila penyerang tersebut datang ke Jerman atau di mana beliau diradikalisasikan, tetapi perkhidmatan propaganda IS bergelar “Amaq” mendakwa bahawa serangan tersebut memang diinspirasikan oleh kumpulan itu.

Amaq menggelar Amri sebagai seorang “tentera Islamic State” dan menggunakan bahasa yang sama dengan gambaran serangan solo di Orlando dan Wurzburg.

Ekoran insiden itu, Menteri Dalam Negeri Jerman, Thomas de Maiziere berikrar bahawa tiada sesiapa akan berehat sehinggalah dalang itu ditangkap.

Sumber: Independent UK

 

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close