AntarabangsaHiburanIsu SemasaTempatan

Program Doa Untukmu Rohingya; Peminat Digesa Hantar Puisi Segera Untuk Dibacakan

rohingya-wham-11

Pada 1 Januari 2017 tahun depan, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) akan mengadakan program amal Doa Untukmu Rohingya, di mana selebriti-selebriti popular tanah air kita akan membaca puisi-puisi yang di hantar oleh orang ramai, dan peluang itu masih dibuka bagi sesiapa yang masih mahu menghantara puisi mereka.

Program amal ini bertujuan untuk memupuk sikap kebersamaan dalam mengenang nasib yang dilanda masyarakat Rohingya, dan ia dikatakan bakal mencatat sejarahnya tersendiri oleh kerana para selebriti yang diundang pada program yang akan diadakan di Laman Santai, Istana Budaya itu akan membaca lebih 100 puisi yang ciptaan orang ramai yang bertemakan keamanan dan kesejahteraan.

Menurut Presiden WHAM, Tengku Khalidah Tengku Bidin, pihak mereka masih membuka peluang untuk mereka yang berbakat dalam penulisan puisi di luar sana untuk menghantar karya mereka yang asli secepat mungkin untuk dipilih dan akan diagih-agihkan kepada artis-artis tertentu bagi menjayakan projek amal ini.

Syarat bagi program ini adalah, puisi tersebut hendaklah tidak melebihi daripada 100 patah perkataan dan tidak diambil dari mana-mana sumber lain. Anda juga perlu menulis nama, alamat dan nombor telefon anda pada puisi terbabit, dan jangan lupa untuk mengirimnya sebelum Sabtu ini.

Bagi anda yang berminat, anda boleh menghantar puisi tersebut ke e-mel WHAM (wham.malaysia@gmail.com) atau pada akaun Facebook mereka, iaitu pada www.facebook.com/wartawanhiburanfanpage

Tetamu jemputan yang akan hadir pada program ini dijangka seramai 1,000 orang, termasuklah karyawan seni, pemuzik, pelakon, budayawan, dan juga penyanyi, dan mereka dikatakan akan terlibat dalam program Doa Untukmu Rohingya yang akan berlangsung selama 10 jam ini.

Berikut adalah senarai artis yang sudah mengesahkan keharidan mereka,

  1. Datuk Hattan
  2. Erra Fazira
  3. Azharina
  4. Datuk Jamal Abdillah
  5. Johan As’ari
  6. Datuk Rosyam Nor
  7. Tasha Shilla
  8. Zarul Husin.

Sumber: mstar

Show More

Related Articles

Back to top button