Gaya HidupKesihatan

Ini Mengapa Anda Tidak Patut Memakai Seluar Dalam Ketika Tidur

Satu kajian baru daripada Dr Alyssa Dweck mengenai tidur dengan memakai seluar dalam anda sebenarnya akan memberikan beberapa risiko kepada kesihatan anda.

underwear-knickers__large

Sebab yang pertama adalah, ia tidak akan membenarkan kawasan sulit anda bernafas, dan ini bermakna ia akan berpeluh dan membuatkan bakteria untuk membiak dengan mudah – terutama pada waktu malam musim panas atau bagi wanita menopaus yang mengalami rasa panas pada waktu malam dan ini boleh membawa kepada jangkitan dan juga kerengsaan.

mbox4700-bubk_1_2

Bagi lelaki pula, ia boleh menjejaskan kesuburan mereka. Ini kerana, memakai boxer ketika tidur tidur akan memanaskan buah zakar kepada suhu yang berpotensi akan menjejaskan kualiti sperma mereka.

Jika anda benar-benar tidak suka idea tidur secara bogel di bawah itu, antara pilihan yang anda ada adalah untuk memakai apa-apa yang lebih besar dan membenarkan kawasan sulit anda bernafas.

Sekiranya anda bangun esoknya dan rasa kurang selesa di kawasan itu, pakar sakit puan, Dr Jullien Brady telah berkongsi tipsnya tentang cara untuk mencuci faraj anda bagi memastikan ia bebas dari bakteria yang mungkin sepanjang masa:

lotusflowervaginagoodhousekeepinguk__medium

  1. Hanya basuh kawasan luarnya

Bilas kulit dan labia dengan air dan sedikit sabun, jika anda mahu.

  1. Gunakan sabun yang tidak mempunyai wangian

Jika jenis kulit anda tidak bertindak balas dengan teruk kepada sabun dan anda suka menggunanya, maka anda boleh menggunakan sabun untuk mencuci kawasan faraj anda. Tetapi berhati-hati dengan jumlah yang anda gunakan – gunakan sedikit sahaja.

  1. Berhati-hati dengan jenis kulit anda

Jika anda mempunyai kulit sensitif atau alahan, jumpa dengan doktor anda dan berbincang dengan mereka tentang cara yang terbaik untuk mendekati kebersihan faraj anda.

 

 

 

Sumber: goodhousekeeping

Show More

Related Articles

Back to top button