Bisnes & EkonomiFesyenGaya HidupKecantikan

Fikir Dulu Sebelum Membeli Barangan Ini Secara Online (Part 1)

Ya, memang semua benda lebih senang bila ianya boleh dilakukan secara online. Tetapi bukan semua perkara anda boleh beli tanpa perlu berfikir dua kali sebelum membelinya.

Berikut adalah antara barang-barang itu:

  1. Perabot & Barangan Rumah Lain

03_19thingsnottobuyonline_istock-540717886_yagi-studio-760x506

Anda boleh memilih model langsir, jenis kain apa dan jenis perabot apa yang anda mahu beli secara online tetapi jangan terus membelinya. Sebaliknya, pergi ke kedai tersebut dan pastikan sendiri sama ada perabot dan barangan rumah itu serasi atau tidak dengan anda.

  1. Tilam

02_19thingsnottobuyonline_istock-512417193_geo-grafika-760x506

Sama ada tilam itu telah mendapat review lima bintang sekalipun, jangan mudah terpengaruh kerana cara orang lain tidur tidak sama dengan cara anda tidur.

  1. Barang Keperluan ‘Last-Minute’

04_19thingsnottobuyonline_istock-503421060_kikovic-760x506

Kalau anda memerlukan sesuatu barang secepat mungkin untuk apa-apa majlis yang akan datang, pilihan yang lebih bijak adalah untuk pergi ke kedai itu sendiri dan membelinya.

Jika anda beli secara online, anda tidak tahu sekiranya barang yang dibeli itu akan sampai tepat pada masanya, ataupun jika ia benar-benar akan muat dengan anda.

 

  1. Kosmetik Yang Anda Tidak Pernah Cuba
Unrecognizable person trying perfect concealer color in cosmetics store
Unrecognizable person trying perfect concealer color in cosmetics store

Melainkan anda beli makeup itu dari kedai online mempunyai ‘return policies’ seperti Sephora, tidak mengapa jika anda mahu membeli makeup secara online. Tetapi, sekiranya tidak, anda terpaksa simpan produk yang tidak sesuai dengan anda itu.

 

  1. Pakaian Daripada Jenama Yang Tidak Dikenali

06_19thingsnottobuyonline_istock-604335892_kanashkin-760x506

Jika penjual itu tidak membenarkan anda memulangkan semula atau menukar produk yang dibeli, atau ia tidak mempunyai kedai yang anda boleh pergi, ianya berkemungkinan besar anda akan menerima baju yang atau kasut yang tidak akan muat dengan sempurna dengan badan anda.

  1. Barangan Tiruan

11_19thingsnottobuyonline_istock-597261528_ben-harding-760x506

Bukan semua kereta yang terpakai itu teruk, tetapi ada yang mungkin tidak serupa penjelasan yang ditulis dalam profilnya di website. Oleh itu, ianya lebih selamat untuk memilih kedai yang membenarkan anda cuba membawanya terlebih dahulu dan memeriksa kereta itu sendiri.

Sumber: Readers Digest

 

Show More

Related Articles

Back to top button