AntarabangsaGaya HidupIsu Semasa

Konflik Congo: Kanak-Kanak Mangsa Keganasan

Konflik berpanjangan yang berlaku di Congo telah menyebabkan lebih daripada empat juta kanak-kanak kehilangan sekurang-kurangnya salah seorang ibu bapa mereka sejak dua dekad yang lalu.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), angka anak-anak yatim yang hidup di Afrika Barat dan Tengah (lokasi Congo) mencatat kedudukan kedua tertinggi di dunia, iaitu lebih daripada 26 juta orang – satu langkah di belakang Asia Selatan.

Keganasan yang berlaku ini berpunca daripada persengketaan antara kaum,  perebutan sumber mineral dan pilihan raya yang tertangguh sehingga menyebabkan ketidakstabilan politik.

Ia juga telah memusnahkan tradisi keluarga, di mana anak-anak yatim ini terpaksa menjaga diri mereka sendiri serta adik-beradik mereka yang lebih muda.

Lebih mengeruhkan keadaan, segelintir anak-anak yatim ini diambil oleh kumpulan bersenjata dan ramai juga di antara mereka yang diperkosa atau dieksploitasi secara seksual.

Berikut adalah profil beberapa anak yatim di Bandar Goma, Congo, yang terkesan dengan pergolakan yang masih tiada penghujungnya ini:

Alpha Meleki, 6 tahun

in-this-photo-taken-on-sunday-june-19-2016-six-year-old-alpha-meleki-plays-in-the-yard-at-the-en-ava_567614_

Alpha ditemui dalam timbunan mayat selepas diserang oleh pemberontak di kampungnya di timur Beni awal tahun ini. Dia telah ditembak dan dibiarkan untuk mati bersama dengan ibu bapanya di dalam semak.

Luka peluru dan parut pembedahan pada perutnya baru sahaja sembuh baru-baru ini.

Matanya yang besar itu akan kelihatan sayu dan kadang-kadang garang apabila didekati orang yang tidak dikenali.

Dalam masa yang tenang, dia akan menyentuh parut di atas kepalanya dan berkata, “mereka memukul saya dengan parang,” katanya mengimbas kembali.

Jeannette Umutsi, 17

In this photo taken on Sunday, June 19, 2016, Jeannette Umutesi cries as she recalls fleeing her hometown of Kirolarwe in 2008, at the En Avant Les Enfants INUKA center in Goma, Democratic Republic of Congo. Born only a few years after Rwanda's 1994 genocide spilled into Congo and rebellions started forming, Jeannette has known only Congo's and her father's violence, displacement and death. (AP Photo/Jerome Delay)

Dilahirkan beberapa tahun selepas pembunuhan beramai-ramai Rwanda di Congo pada tahun 1994, dia mengimbas kembali situasi apabila pemberontak bersenjata telah menyerbu rumahnya dan hampir membunuh adik perempuannya.

Dia menceritakan yang dia tetap terpaksa bersembunyi di dalam tandas selama tiga hari untuk menyelamatkan diri dari serangan lain walaupun telah melarikan diri ke kampung lain pada 2008.

Dalam kejadian itu, ibunya kembali untuk menyelamatkannya tetapi kemudian meninggal dunia selepas melahirkan adiknya, Shukuru

Tidak sanggup hidup dengan bapa yang mengugut untuk membunuhnya, dia akhirnya mengambil Shukuru dan melarikan diri ke Kem Mugunga di Goma.

Dia kini memegang tanggungjawab sebagai seorang kakak kepada lebih daripada beratus-ratus kanak-kanak lain di pusat Inuka.

Moise, 7 tahun, dan Agata Munoka, 5 tahun

Moise dan adiknya Agata kehilangan ibu mereka yang meninggal dunia pada tahun 2013 selepas mengalami komplikasi kesihatan akibat dirogol.

Di Pusat Suara Kanak-Kanak Virunga di Goma, di mana Moise dan adiknya berkumpul pada siang hari, terdapat sekurang-kurangnya 30 kanak-kanak yang lahirkan akibat kes rogol di Congo.

Walaupun Moise tidak pernah mengenali bapanya sendiri, dia tahu bahawa bapanya mungkin ‘pemberontak’ yang telah merogol ibunya.

Kini, Moise dan adiknya berada di bawah jagaan Arlette Kabuo Malimewa, 45, yang menjana pendapatannya dengan menjual cadar katil dan membuat kira-kira RM20 seminggu.

Walaupun beliau sudah mempunyai tiga orang anak kandung di bawah jagaannya, dia tetap menyayangi anak-anak angkatnya itu dan mahu menjaga mereka.

“Ke mana lagi mereka boleh pergi?”, kata Malimewa.

Sumber: The Star

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close