Gaya HidupKecantikan

Ini Adalah 5 Trend Kecantikan Yang Akan Popular Pada Tahun 2017

Dengan menggunakan data sepanjang tahun ini, pasukan Pinterest telah menganalisis beberapa trend kecantikan yang akan menjadi popular pada tahun depan. Ini termasuk kategori utama seperti cadangan membeli-belah, tutorial, dan ubat semula jadi.

Teruskan membaca untuk mendapatkan ketahui lebih awal dengan trend apa yang akan menjadi terkenal pada tahun 2017.

  1. Kuku Chrome

nails

Chrome (atau cermin) adalah manicure yang sangat terkenal dengan sifatnya yang sangat berkilau, hingga membolehkan anda nampak wajah anda sendiri pada permukaan kuku.

  1. Microblading

microblading

Carian terhadap teknik tatu kening ini mendapat jumlah sehingga 255 peratus. Walaupun ia agak menyakitkan, ramai yang telah melalui proses ini bersumpah yang ia telah mengubah kehidupan mereka. Prosedur ini telah membuatkan kening mereka nampak lebih kemas, semula jadi, dan (sudah tentu) kalis air.

  1. Skaf Kepala

classy-elegant-headscarves-hairstyles-for-fall-2016

Skaf kepala boleh menyorok rambut yang kering, basah, atau juga untuk menambah gaya kepada wajah anda. Ia tidak menghairankan, mengapa kategori ini telah menadapat jumlah peningkatan carian sebanyak 25 peratus dalam Pinterest, disebabkan fungsinya yang bervariasi.

  1. Mengerinting Rambut Tanpa Alat Pengerinting

Alat pengeriting rambut lama-kelamaan akan merosakkan rambut anda. Jika anda mahu rehatkan rambut anda daripada alat-alat ini, terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk tetap mendapat rambut yang bergaya. Sekiranya anda sedang mencari cara untuk dapatkan rambut yang berkilat dan keriting, tutorial mudah dari Beauty Real oleh Cynthia ini akan membantu anda.

  1. Minyak Jojoba

jojoba-oil

Jojoba secara semula jadinya sama seperti sebum manusia, jadi menyapunya pada kulit atau kulit kepala yang berminyak akan membantu mengawal pengeluaran minyak badan anda. Walaupun bunyinya agak gila, tetapi ia benar-benar berkesan!

Show More

Related Articles

Back to top button