AntarabangsaGaya HidupIsu SemasaPercutian

Hotel Ais Pertama Di Dunia Telah Dibuka di Sweden!

ICEHOTEL Utara Sweden merupakan hotel yang pertama di dunia yang diperbuat daripada salji dan ais apabila ia mula-mula dibuka pada tahun 1989.

Kini, selepas 27 tahun dibina dan dibina semula setiap kali pada musim sejuk, hotel ais Utara Sweden ICEHOTEL 365 akan menjadi penginapan yang diperbuat daripada ais yang pertama untuk kekal dibuka sepanjang tahun.

161208105309-medium-deluxe-suite-once-upon-a-time-icehotel-2017-exlarge-169

Teknologi penyejukan solar terbaru zaman sekarang telah membolehkan sebahagian daripada hotel legenda ini, termasuk bar, galeri seni dan 10 suite mewah, untuk menjadi tempat penginapan kepada tetamu yang  mencari matahari pada tengah malam dan juga cahaya utara (Nothern Lights).

Hotel yang sangat menakjubkan ini terletak kira-kira 200 kilometer dari utara bulatan Artik di Jukkasjärvi.

Icehotel ini akan dilukis pada satu pelan cetakan biru baru setiap tahun, dan kemudian dibina dengan menggunakan 5,000 tan ais yang diambil dari Sungai Torne berdekatan, pada musim bunga dan seterusnya akan disimpan dalam keadaan yang sentiasa sejuk sepanjang musim panas.

Walaupun akan terdapat beberapa seksyen daripada hotel ini yang akan terus-menerus cair, ia akan tetap dibina semula seperti biasa – dan ini bermakna setiap tetamu yang mengunjungi hotel ini akan dapat melihat dan menikmati karya seni ais yang baru setiap tahun.

Satu lagi perkara yang anda perlu tahu tentang hotel ini adalah, bukan kesemua bahagian dan seksyen pada hotel ini diperbuat daripada ais. Ia, malah terdapat spa dan sauna untuk tetamu berehat dan menenangkan fikiran mereka.

161208105119-large-spa-relax-sauna-deluxe-suite-icehotel-2017-design-by-marjolein-vonk-and-pia-sandgren-exlarge-169

161208110004-medium-icehotel-365-illustration-summer-exlarge-169

Sumber: CNN

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button