Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

Ini Adalah 5 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Dipanaskan Dalam Microwave

Microwave dicipta untuk memudahkan manusia dalam kehidupan harian mereka. Tetapi, bukan semuanya sesuai untuk dimasak atau dipanaskan dengan microwave ini.

Jika makanan yang dimasak menggunakan microwave itu tidak dimasak sepenuhnya, ia sudah pasti tidak akan membunuh kesemua bakteria yang ada dan ini kemudiannya akan menyebarkan toksin karsinogen.

Berikut adalah jenis-jenis makanan yang tidak patut dipanaskan atau dimasak menggunakan microwave:

  1. Ayam

hqdefault

Ayam tidak sesuai dimasak di dalam microwave kerana haiwan jenis burung sepertinya mengandungi bahan pencemaran salmonella, dan jika tidak disingkirkan dengan betul-betul anda akan menghadapi keracunan makanan.

  1. Telur rebus

egg

Makanan ini bahaya untuk dipanaskan dalam microwave kerana lembapan di bahagian dalamnya akan menyebabkan pemanasan melampau yang mana boleh mengakibatkan telur itu meletup (di dalam microwave/di tangan/di dalam mulut anda!)

Untuk langkah berjaga-jaga, anda boleh memotong telur itu dalam saiz yang lebih kecil atau lebih baik, panaskan saja dalam periuk.

  1. Nasi

aid779814-728px-cook-brown-rice-step-17

Percaya atau tidak, nasi yang tidak dimasak dengan betul juga boleh menyebabkan keracunan makanan disebabkan spora bakteria yang terkandung di dalamnya yang akan kekal hidup meskipun ketika nasi sedang dipanaskan.

Apabila anda mengeluarkan nasi tersebut dari microwave dan membiarkan ia di dalam suhu bilik, spora bakteria itu akan bertambah dan menyebabkan cirit-birit serta muntah-muntah.

  1. Susu ibu

main-qimg-aeae8856fcb3aeeb88b631173a5dd9b5-c

Memanaskan susu badan (atau apa-apa susu) di dalam microwave untuk diberi kepada anak kecil anda adalah sangat tidak elok untuk mereka. Sebaliknya, anda boleh memanaskan semangkuk air di dalamnya dan kemudian merendam susu itu dalam air yang dipanaskan.

  1. Daging proses

a1865481-f48c-4500-8225-474f31492403

Seperti mana yang anda tahu, daging proses mengandungi bahan kimia dan pengawet yang membolehkan ia bertahan lebih lama dan jika anda memasaknya dalam microwave, itu boleh menjadikan kandungan tersebut menjadi merbahaya kepada kesihatan anda.

Selain itu, ia juga boleh menghasilkan cholesterol oxidation products(COPs) di mana ia akan merosakkan arteri anda lebih teruk dari kolesterol asli dan ia juga merupakan punca kepada penyakit hati.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close