Gaya HidupIsu SemasaKesihatanTempatan

Penawar Bagi HIV Ternyata Terletak Pada Penerimaan Masyarakat

Human Immunodeficiency Virus (HIV) adalah satu virus yang menyerang sistem pertahanan badan manusia dan mendedahkan penghidapnya kepada penyakit AIDS.

Sedang para saintis dan doktor-doktor pakar kita bertungkus-lumus dalam bidang masing-masing untuk mencari penawar kepada penyakit yang digelar sebagai ‘hukuman mati’ ini, ia walau bagaimanapun bukanlah satu-satunya perkara yang diperlukan untuk menyembuhkan seorang pesakit HIV.

Semangat pesakit, kemampuan untuk menyara hidup dan penerimaan oleh masyarakat juga sebenarnya memainkan peranan yang besar untuk proses penyembuhan dalam apa jua penyakit – terutamanya kepada penyakit kronik seperti HIV.

Menurut seorang virologist (pakar virus) Lyana Khairudin di dalam penulisannya yang berjudul “Cure for HIV lies in society’s acceptance” di akhbar The Star, ianya penting untuk memastikan yang setiap hak asasi manusia bagi setiap bilangan masyarakat di ambil peduli.

Walaupun kebanyakan daripada PLHIV (People Living With HIV) boleh hidup dengan minda yang positif sedangkan mereka sebenarnya sedang memikul hakikat yang mereka sebenarnya pesakit HIV, cabaran yang lebih besar sebenarnya layanan buruk yang mereka terima di kalangan masyarakat.

Antara beban paling berat yang perlu dipikul oleh mana-mana pesakit adalah apabila mereka tidak mempunyai insurans kesihatan atau simpanan kewangan apabila mereka kehilangan kemampuan untuk menyara hidup.

Mereka juga turut di diskriminasi hanya kerana telah disahkan menghidap penyakit HIV yang sering ‘dipandang serong’ oleh msayarakat.

Ujar Lyana lagi, sudah tiba masanya bagi para penggubal dasar negara kita untuk benar-benar meneliti kesemua data yang ada dan mencontohi dasar yang telah dilaksanakan di negara-negara lain dengan jayanya dalam menangani isu-isu berkaitan HIV, kerana langkah-langkah punitif telah terbukti berkali-kali sebagai usaha yang sia-sia.

Sebaliknya, kita perlu mengamalkan dasar yang lebih berasaskan kesihatan dan mengurangkan stigma terhadap populasi HIV jika kita benar-benar serius untuk mengurangkan penyakit ini.

Selain itu, ia sangat penting bagi masyarakat kita untuk tidak lagi mengkategorikan perbualan mengenai seks sebagai sesuatu perkara yang taboo.

Wanita juga perlu lebih mengambil tahu akan hak mereka terhadap kesihatan reproduktif seksual, dan tahu untuk mengutarakan apa-apa pendapat dengan menggunakan maklumat yang telah mendapat sokongan secara saintifik, dan bukannya menyebarkan bid’ah atau bersembunyi di sebalik nama agama semata-mata.

Walaupun kita perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak dari dijangkiti (mengamalkan seks selamat, pra-pendedahan kepada profilaksis dan penggunaan jarum yang bersih di kalangan pengguna dadah), kita juga perlu belajar untuk menghapuskan stigma kita sendiri apabila ia melibatkan mereka yang dalam populasi utama yang berisiko tinggi untuk dijangkiti HIV – pengguna dadah, pekerja seks, lelaki homoseksual dan golongan transgender.

Kita merupakan manusia yang mempunyai warna darah yang sama, hidup di dunia yang sama, di bawah langit yang sama, dan menghirup udara yang sama, oleh itu, penawar utama bukan sahaja bergantung kepada ubat-ubatan malah juga pada belas kasihan kita dan sentiasa berbuat baik di antara satu sama lain.

Sumber: The Star

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker