Gaya HidupKesihatan

Ini adalah 3 Trend Pengurangan Berat Badan Yang Paling Teruk Pada 2016

  1. MASTER CLEANSE

lemonadediet

Atau juga dikenali sebagai Diet Lemonade, Master Cleanse pada mulanya merupakan proses di mana anda perlu berpuasa selama 10 hari. Prosesnya memerlukan anda untuk minum campuran air dan jus lemon, cili merah dan sirap maple, selama tempoh 10 hari itu.

Tujuannya adalah sebagai “program detoksifikasi” tetapi lebih kerap digunakan sebagai diet. Ed Zimney, MD, berkata pada Everyday Health bahawa “diet yang memaksa anda untuk kebulur ini sememangnya akan menjamin menurunkan berat anda dalam jangka masa yang pendek, tetapi ia juga menjamin akan mengembalikan mereka semula setelah anda tidak lagi mengikut program ini.”


  1. DIET SUP KUBIS

cabbage-soup-diet

Diet sup kubis ini juga berfungsi untuk detox badan anda selama seminggu. Apa yang anda boleh makan hanyalah sup sayur dan minum air.

Dr Melinda Ratini berkata kepada WebMD yang anda sebenarnya hanya kehilangan kebanyakan berat air anda, dan “kemungkinan besar, anda akan mendapat semua berat yang hilang itu kembali sebaik sahaja anda mula makan diet yang normal.

Pakar kesihatan tidak mengesyorkan anda untuk mengikut diet yang rendah kalori seperti ini melainkan jika anda berada di bawah jagaan doktor.


  1. DIET MAKANAN BAYI

baby-food-diet_d2avht

Diet ini telah pun digunakan oleh pelatih selebriti, Tracy Anderson kepada pelanggannya. Diet ini memerlukan anda untuk mengganti sarapan dan makan tengah hari anda dengan catuan makanan yang sedikit yang menyerupai makanan bayi, kemudian makan makan malam yang rendah cal.

Sekali lagi, Dr. Melinda Ratini datang untuk menyelamatkan anda daripada diet yang sangat teruk ini. Beliau mengatakan bahawa walaupun ia akan mengurangkan jumlah kalori yang anda ambil kerana anda mengawal kadar pengambilan anda, “ia tidak akan mengambil masa yang lama sebelum anda mengatasi diet ini dan mula mendapatkan kembali berat badan itu.”

Jadi, sebelum anda cuba dan mula kemaruk dengan trend-trend diet yang entah apa-apa lagi, pastikan anda sudah bertanyakan hal ini kepada doktor anda dan membuat kajian yang sepatutnya terlebih dahulu.

Sumber: M2now

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker