Bisnes & Ekonomi

8 Cara Mudah Menabung Untuk Membeli Rumah

Ketika membincangkan tentang cara menabung untuk membeli rumah dan cara membeli rumah itu sendiri, sebahagian orang menganggapnya ia sesuatu yang cukup besar.

Harus diakui transaksi jual beli rumah boleh dikatakan merupakan pengalaman kewangan yang cukup penting.

Untuk itu pada kali ini kamicuba berikan checklist tips cara menabung untuk membeli rumah.

Tips. Buatlah list apa saja yang boleh anda lakukan agar dapat menabung. Kemudian fokus kepada 3 atau 5 list yang kami berikan ini.

  1. Tujuan Menabung

Seharusnya anda mempunyai tujuan sebelum anda menabung. Tambah bagi  anda yang belum pernah terbiasa menabung. Dengan adanya matlamat, kita ibarat mempunyai kompas.

Jadi untuk menabung akan lebih terarah dengan adanya tujuan. Secara psikologi juga ia lebih mudah untuk kita mengatur perancangan kewangan.

Buatkan satu jenis nota tentang tambungan ini dan letakkan ditempat yang mudah dilihat dan mudah untuk anda menandanya nanti.

  1. Bilangan Jumlah Wang Yang Ingin Menabung

Tips cara menabung membeli rumah, Hitunglah income anda. Lalu menganggarkan berapa wang yang boleh dan dibahagikan. Menabung dengan bilangan jumlah yang kecil sebenarnya tidak masalah.

Apabila anda sudah terbiasa menabung dengan jumlah yang kecil, ia akan mudah untuk menambah jumlah wang yang lebih .

Utamakan tabungan. Jangan menabung dari sisa wang yang ada. Menabunglah terlebih dahulu setiap bulan, barulah bakinya digunakan untuk kepentingan lain.

  1. Target
Imej Kredit: Shape
Imej Kredit: Shape

Buatlah target tabungan. Apakah itu target harian, mingguan, atau bulanan. Bergantung kepada keadaan yang paling memungkinkan.

Jika tidak memenuhi sasaran yang sepatutnya, hukumlah diri anda sendiri. Misalnya dengan tidak membelanjakan sesuatu yang biasanya anda lakukan.

  1. Selesaikan Hutang

Bila anda mempunyai hutang, walaupun kecil, lunaskannya terlebih dahulu. Ini kerana hutang boleh membuat jiwa anda tertekan.

Jika hutang sudah lunas, jangan sekali-kali berhutang lagi. Hal ini dilakukan agar fikiran anda hanya fokus untuk menabung. Bukan yang lain.

  1. Menabung Dalam Bentuk Emas
Imej Kredit: Forbes
Imej Kredit: Forbes

Tidak seperti wang, emas merupakan komiditi yang tidak tergerus inflasi. Bila-bila masa di mana-mana, harga emas mengikut inflasi, bahkan lebih tinggi daripada itu.

Sehingga nilai emas bila ditunaikan nilainya sentiasa naik. Carilah maklumat tepat tentang bagaimana untuk menabung / pelaburan emas. Dan kaji juga tentang kelemahan-kelemahan dalam pelaburan emas.

  1. Simpanan Dalam Bentuk Rumah
Imej Kredit: mycutebookshelf
Imej Kredit: mycutebookshelf

Sediakan tabungan dalam bentuk rumah. Bayangkan setiap bahagian rumah tersebut sedang dibina setiap kali anda meletakkan wang ke dalamnya.

  1. Penyertaan Ahli Keluarga

Jika anda sudah berkeluarga dan mempunyai anak, ajak mereka untuk menabung bersama. Ada banyak cara, contohnya dengan menyediakan tabung di rumah.

Setiap anggota keluarga mempunyai satu. Setiap yang ada ataupun berapa pun bilangan wang yang ada, ditabungkan ke dalamnya.

Hal ini untuk membangkitkan ghairah bahawa anda semua memerlukan rumah. Dan itu adalah salah satu bentuk doa kita.

Show More

Related Articles

Back to top button