Gaya HidupKesihatan

Menonton Sukan Dikira Sebagai Senaman?

Adakah semasa anda seronok bersantai menonton perlawanan sukan, ia juga mampu menaikkan denyutan jantung anda?

Menurut kajian daripada Australia, menonton orang lain bersenam boleh melonjakkan tindak balas fisiologi yang sama dengan yang diaktifkan semasa senaman.

image-aspx

Apabila anda menonton video orang berlari selama 22 minit, penyelidik berkata terdapat peningkatan dalam kadar jantung, pernafasan, aliran darah pada kulit, dan pelepasan peluh anda.

Atlet menggunakan visualisasi untuk meningkatkan prestasi mereka.

Para atlet dikatakan menggunakan cara yang sama untuk meningkatkan prestasi mereka.

Antara perkara yang mereka perlu lakukan ialah denganĀ  membayangkan satu situasi di mana mereka telah menendang gol atau memecut pada 100 meter terakhir perlumbaan. Melalui visualisasi ini, ia dikatakan mampu mengukuhkan saraf mereka sama seperti mereka benar-benar melakukan perkara tersebut.

Apabila anda kemudian cuba untuk melakukan perkara itu, badan anda akan berasa seolah-olah anda telah pun melakukannya sebelum ini.

Watching football

Penyelidikan ini menunjukkan bahawa ia juga mustahil untuk melatih sistem kardiovaskular anda apabila anda melibatkan diri dengan senaman itu dalam mental anda, kata penulis utama kajian itu, Vaughan Macefield, Ph.D.

Ya, kadang-kadanag dengan jadual anda yang sibuk, ianya agak sukar untuk curi-curi masa jika anda mahu bersenam. Tetapi, ianya masih boleh dilakukan jika anda memberikan komitmen yang tinggi terhadap senaman itu.

Show More

Related Articles

Back to top button