Gaya HidupPercutian

8 Kesilapan Yang Sering Kita Lakukan Apabila Pergi Melancong

Apabila kita merancang perjalanan untuk melancong, perkara yang kita lakukan sebagai persediaan untuk hari besar termasuk menyelidik di mana destinasi untuk pergi dan untuk melihat tarikan dan di manakah tempat yang menarik untuk mendapatkan makanan tempatan.

Kita jarang berfikir tentang perkara yang kita tidak boleh lakukan di tempat orang dan perbelanjaan kita sering kali terlebih bajet dari yang sepatutnya apabila pergi melancong, mungkin terlalu sibuk dengan keseronokan di negara orangkan.

Oleh itu sebelum kita memalukan diri sendiri atasa perbuatan kita atau duit didalam dompet kita kehabisan tanpa kita sedari, adalah lebih baik kita mengkaji apa yang tidak boleh dilakukan  dinegara yang kita bakal lawati nanti.

 

  1. Jangan Makan Di Tapak Tumpuan Pelancongan 

Imej Kredit: Andberlin
Imej Kredit: Andberlin

Kemungkinan, makanan yang dihidangkan di kawasan tumpuan pelancong akan menjadi mahal, kerana para peniaga restoran tahu mereka tidak perlu untuk menarik perhatian pelancong yang akan meninggalkan negara itu  tidak lama lagi.

Makanan tempatan yang betul-betul rasa tempatan biasanya terletak jauh di luar, jadi lakukan penyelidikan anda dan lihat di mana penduduk tempatan yang sambutan hangat sebelum anda membuat keputusan untuk makan.

2. Jangan Menukar Wang Di Lapangan Terbang

Pengurup wang di lapangan terbang biasanya menawarkan kadar pertukaran paling teruk, di mana mereka akan kenakan dua atau tiga kali ganda jika anda menukar sejumlah wang besar.

Adalah lebih baik anda pergi tukar di kawasan bandar di mana kompetitif penukaran wang ini adalah lebih tinggi dan anda akan mempunyai lebih banyak kadar untuk memilih.

3. Jangan Skip Insurans Perjalanan

Imej Kredit: travelinsuransamericaninsuranceforexpats
Imej Kredit: travelinsuransamericaninsuranceforexpats

Ia bunyi agak cliché tetapi anda tidak akan tahu apa yang mungkin berlaku. Insurans perjalanan tidak mahal dan proses permohonannya hanya mengambil masa beberapa minit, jadi pilihlah cara yang lebih bijak dalam perjalanan dan pastikan diri anda sentiasa dilindungi.

4. Jangan Mengambil Teksi

Imej Kredit: welcometobratislava
Imej Kredit: welcometobratislava

Sebaiknya, cuba untuk menggunakan pengangkutan awam apabila pergi melancong kerana anda akan mendapat pengalaman tempatan yang penuh bermakna jika berbuat demikian.

Teksi selalunya akan mengenakan cas yang mahal, dan cara yang lebih mudah untuk ditipu jika anda tidak tahu laluan yang tepat, jadi cuba untuk melangkaunya dari menaiki teksi tetapi melainkan jika anda berada didalam  situasi benar-benar lewat atau anda mempunyai beberapa orang untuk berkongsi kos bersama.

5. Jangan Menempah Perjalanan Anda Terlalu Awal

Imej Kredit: lufthansa
Imej Kredit: lufthansa

Bertentangan dengan kepercayaan popular, menempah penerbangan lebih awal tidak akan mengurangkan kos anda. Syarikat penerbangan biasanya hanya mengurangkan harga mereka 3-4 bulan sebelum penerbangan, jadi tunggu sebentar jika anda mahu tawaran terbaik. Anda akan menjimatkan lebih banyak wang untuk membeli-belah dan dapat berbelanja semasa lawatan anda.

6. Jangan Berpakaian Yang Tidak Sesuai

Imej Kredit: Pinterest
Imej Kredit: Pinterest

Setiap negara mempunyai kod pakaian sendiri, jadi pastikan anda melihat adakah ia sesuai untuk majlis itu atau anda akan menonjol terang-terangan sebagai pelancong jika anda tidak mengikut peraturan.

Jika anda terlalu membuka aurat atau terlalu dedah dengan anggota badan terutanya di dalam sebuah negara Islam, anda mungkin tidak akan disukai kerana tidak menghormati Islam sebagai agama, jadi ambil perhatian terhadap perkara-perkara ini sebelum anda mengemas bagasi anda.

7. Jangan Berkompromi Dengan Keselamatan Anda

Imej Kredit: AndreasManessinger
Imej Kredit: AndreasManessinger

Sebagai seorang pelancong untuk kali pertama, kami menasihatkan anda untuk tidak berjalan bersendirian di jalan pada waktu malam, melainkan jika anda benar-benar pasti kawasan itu adalah selamat.

Jangan sekali-kali mengambil risiko jika anda tidak yakin sepenuhnya keselamatan anda. Membawa seseorang bersama-sama dengan anda jika anda perlu keluar pada waktu malam.

8. Jangan Membawa Jumlah Wang Tunai Yang Besar

Imej Kredit: EscapeTravel
Imej Kredit: EscapeTravel

Pelancong yang dompetnya penuh akan menjadi sasaran besar untuk pencuri poket. Mereka sentiasa memerhati dan jika mereka mendapati dompet anda dipenuhi dengan wang, anda mungkin akan menjadi sasaran pertama mereka.

Jika anda menyimpan wang tunai anda semua di satu tempat, ia adalah lebih mudah untuk kehilangan segala-galanya. Cuma bawa jumlah kecil wang tunai yang diperlukan untuk perbelanjaan harian anda, atau menyimpan wang anda di tempat yang berbeza.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button