HiburanIsu SemasaSukanTempatan

Amazing Race Asia: Dua Ratu Cantik Malaysia Berentap Di Pusingan Akhir

Dengan berita yang mengejutkan mengenai dua ratu cantik negara kita Chloe Chen dan Yvonne Lee baru-baru ini, anda pasti tidak akan lagi salah sangka dengan kebolehan seseorang yang berstatus “ratu cantik”.

main_rq_141216_p010a_raqib_1

Kedua-dua Chen dan Lee yang masing-masing merupakan Miss World Malaysia 2011 dan 2012 telah pun membuktikan bahawa kesemua tanggapan pengkritik dan ‘haters’ mereka salah apabila mereka telah berjaya menjadi satu-satunya pasukan tunggal Malaysia yang bakal bersaing di peringkat akhir program realiti, The Amazing Race Asia.

Antara yang akan bertanding bersama mereka adalah Paru dan Maggie, dan pasangan suami isteri Eric dan Rona dari Filipina.yvonnechloe_2

Ramai netizen yang selama ini berfikir yang program ini hanya semata-mata memerlukan kekuatan fizikal, telah mengganggap Lee dan Chen tidak mampu untuk meneruskan perjalanan mereka.

Namun, menurut Lee, program ini bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal, tetapi juga minda yang cerdas, kesabaran yang tinggin dan sedikit nasib.

Menurut Chen, dalam kegembiraannya berjaya menjadi antara pasukan yang boleh ke peringkat akhir, persaingan di antara mereka bukanlah sesuatu yang mudah.

Tambah-tambah lagi dengan masalah kaki yang dialaminya, di mana tendonnya cedera, membuatkan Chen dalam kesakitan dan tidak dapat berjalan selepas salah satu cabaran fizikal dalam episode kedua terakhir.

Bagaimanapun, disebabkan semangatnya yang cukup tinggi, Chen masih memilih untuk teruskan perjalanannya dalam program ini walaupun ditanya oleh pasukan keselamatan rancangan tersebut jika mereka mahu menarik diri.

Anda boleh menyaksikan pusingan akhir The Amazing Race Asia di musim kelima ini pada Khamis, pukul 9 malam di saluran AXN (Astro 701), sambil turut memberikan sokongan kepada satu-satunya pasukan Malaysia yang masih layak bertanding.

Sumber: mstar

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker