FesyenGaya HidupKecantikan

Silisponge: Span Makeup Baru Yang Anda Perlu Ada!

Kalau sebelum ini dunia kecantikan telah pun digemparkan dengan produk rainbow highlighter keluaran daripada US, kini anda perlu beri laluan kepada span makeup terbaru yang pasti akan ubah hasil pemakaian foundation anda!

Setakat ini, anda pasti sudah tahu tentang produk yang bernama ‘Beauty Blender’ dan mungkin di antara anda yang sudah pun memilikinya dalam beg makeup anda.

original-beauty-blender

Produk yang menjanjikan hasil pemakaian foundation yang flawless ini sememangnya telah menunaikan kata-katanya. Tetapi, hanya satu perkara tentangnya yang agak merunsingkan pengguna apabila mahu membelinya: HARGANYA YANG SANGAT MAHAL. Untuk hanya satu span kecil itu, anda perlu membayar sebanyak RM99!

Silisponge yang dijual dengan harga sebanyak $9 ini merupakan produk keluaran daripada sebuah syarikat kecantikan kecil yang bernama Molly Cosmetics yang berpangkalan di Hong Kong.

                                         d62d5269-15ed-4135-ba01-2cd85e71a9ea    n

Berikut adalah sebab-sebab mengapa kami kata ianya lebih bagus daripada beauty blender itu:

  1. Produk yang lutsinar ini tidak mempunyai sebarang pori-pori pada permukaanya (dibuat daripada silikon dan dimuatkan ke dalam bahan yang sangat fleksibel yang dipanggil poliuretana termoplastik) yang jamin tidak akan menyerap foundation, concealer, highlight krim, atau krim pemerah pipi anda.
  1. Disebakan teksturnya yang halus, anda tidak perlu menggunakan produk yang banyak, dan ia SANGATLAH mudah untuk dibersihkan kerana apa yang anda perlu lakukan adalah dengan hanya menggunakan makeup wipes! Anda juga tidak perlu menunggu sehingga ia kering.
  1. Ia tahan lebih lama daripada span makeup; hanya menggantikannya apabila ia mula kelihatan lunyai.

rt Fakta menarik: Sekiranya anda berjaya membelinya(kerana pada ketika ini ia masih sold out, tetapi boleh dipreorder) Ia juga datang dalam pembungkus yang anda boleh menyimpannya semula di dalam setelah anda selesai menggunakannya, jadi ia akan sentiasa bersih untuk penggunaan yang seterusnya.

“Tapi saya tak boleh tunggu lama-lama, saya mahu terus guna silisponge ini”

Alternatif lain bagi memenuhi kemahuan anda itu adalah, anda boleh menggunakan pelapik kaki yang diperbuat daripada gel ini! Anda boleh mendapatkannya di mana-mana Watson atau Guardian yang berdekatan dengan tempat tinggal anda!

8849694687262
Foot Ease Spot Cushions 1pc – RM8.01

 

Products Visual Measurement
Scholl Party Feet Heel Shields – RM20.39

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker