Bisnes & EkonomiGaya Hidup

Peta Ini Menunjukkan Berapa Banyak Hutang Yang Ada Dalam Dunia Ini

Apabila anda berfikir tentang hutang, antara perkara-perkar yang naik di minda adalah hutang overdraf, kad kredit, gadai janji atau pinjaman pelajar, dan bukan hutang negara.

Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan anda jumlah hutang negara adalah terlalu besar untuk digambarkan atau untuk difahami.

Jadi, cara terbaik untuk melihat betapa banyak hutang mana-mana negara adalah dengan melihat kawasan yang berwarna merah.

Dengan cara itu anda akan mendapatkan anggaran kasar denagan berapa banyak setiap orang dalah negara itu berhutang, dalam angka yang mudah dihadam. Terima kasih kepada howmuch.net, anda boleh mendapat gambaran visual tentang angka hutang secara globalnya, bagi setiap orang (dalam dolar AS).

the-snowball-of-debt-c4dc

Negara di mana paling ramai orang berhutang:

Jepun: $ 85,694.87 bagi setiap orang

Ireland: $ 67,147.59 bagi setiap orang

Singapura: $ 56,112.75 bagi setiap orang

Belgium: $ 44,202.75 bagi setiap orang

United States: $ 42,503.98 bagi setiap orang

Kanada: $42,142.61 bagi setiap orang

Itali: $ 40,461.11 bagi setiap orang

Iceland: $ 39,731.65 bagi setiap orang

Australia: $ 23,356.08 bagi setiap orang

United Kingdom: $ 36,206.11 bagi setiap orang

Negara di mana paling sikit orang berhutang:

Liberia: $ 27,44 bagi setiap orang

Tajikistan: $ 50,67 bagi setiap orang

Republik Demokratik Congo: $ 90,70 bagi setiap orang

Burundi: $ 97,62 bagi setiap orang

Kiribati: $ 126,98 bagi setiap orang

Malawi: $ 172,34 bagi setiap orang

Uzbekistan: $ 177,13 bagi setiap orang

Uganda: $ 194,23 bagi setiap orang

Haiti: $ 204,33 bagi setiap orang

Mali: $ 207,54 bagi setiap orang

Jepun kini berada di tengah-tengah, selepas mengumpul hutang yang banyak disebabkan ledakan ekonominya pada zaman 90-an dahulu. Setiap warganegara Jepun kini berhutang sebanyak US $ 85,694.87 (bersamaan dengan RM 379 289.78, jauh lebih banyak daripada orang lain.

Ireland berada bedekatan dengan Jepun, dengan hutang individu sebanyak $67,147.59 (bersamaan dengan RM 297 198.59, tetapi dengan mengikut trend utama, negara-negara maju sebenarnya berhutang lebih. Menurut laman web itu, “Negara-negara maju dapat meminjam lebih banyak wang kerana pelabur mereka secara umumnya lebih percaya bahawa negara-negara kaya itu akan membayar balik hutang mereka sepenuhnya.”

Mereka yang mempunyai jumlah hutang yang sedikit adalah dari negara-negara dunia ketiga. “Penduduk Liberia berhutang jumlah wang yang paling sedikit terhadap hutang negara, negara mereka sebanyak $27,44 seorang (bersamaan dengan RM 12 145.08). Negara-negara miskin yang lain dengan hutang yang rendah termasuk Republik Demokratik Congo, dengan hutang sebanyak $90,70 (bersamaan dengan RM 40 144.27) setiap orang, dan Haiti, sebanyak $204,33(bersamaan dengan RM 90 437.48) setiap orang. “

Sumber: M2Now

Show More

Related Articles

Back to top button