FesyenGaya HidupKecantikan

5 Cara Untuk Jadi Lebih Menarik Di Mata Wanita, Menurut Sains

  1. Pastikan Gigi Anda Seputih Yang Mungkin

headline_tooth_whitening

Kajian dari universiti di Leeds dan Central Lancashire mendapati bahawa pada tahun 2012, gigi adalah lambang kesihatan dan kualiti genetik yang membantu untuk memilih pasangan kita. Para penyelidik juga mendapati bahawa jarak gigi juga adalah penting.

  1. Menjaga Kebersihan Kulit Anda

20150427145654_31743

Satu kajian lain pula mendapati bahawa kulit licin adalah satu faktor yang besar dalam daya tarikan keseluruhan dengan cara yang sama dengan gigi putih. Kulit yang baik menunjukkan kesihatan yang baik. Cara mudah untuk memulakan adalah dengan melakukan pengelupasan yang lembut diikuti dengan pelembap yang baik. Dan jangan lupa pelindung matahari!

  1. Tunjukkan Kematangan Diri Anda

48168883-cached

Pada dasarnya, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan hanya kelihatan lebih tua. Satu kajian pada 2010 terhadap 3770 wanita mendapati bahawa wanita sering memilih lelaki yang lebih tua. Ini juga akan meningkatkan daya tarikan apabila wanita itu sudah pun berdikari dari segi kewangan.

  1. Tumbuhkan Sedikit Janggut

000c0065-0000-0000-0000-000000000000_fde4fb2f-cff1-456b-8d19-a416edd24ab3_20130510165844_050313_cooperstubble_600x300

Satu kajian di Australia telah menyuruh seramai 177 lelaki dan 351 wanita untuk melihat sepuluh lelaki dengan keadaan janggut yang berbeza. Apabila menilai, wanita mengatakan panjang janggut yang paling menarik adalah janggut yang tebal.

“Janggut bukan sahaja berkait dengan kematangan dan kejantanan, tetapi juga dengan penguasaan dan keagrasifan,” kata penulis Barnaby J. Dixson dan Robert C. Brooks.

  1. Bau Wangi

Barechested man with cologne bottle, close-up, mid section

Dengan mengetahui bahawa anda sendiri berbau wangi sudah cukup untuk memberikan anda keyakinan yang tinggi. Para saintis turut mengatakan bahawa dengan memakai minyak wangi, ia akan membuatkan seseorang lelaki itu lebih yakin, dan kemudian menjadikan mereka lebih menarik di mata wanita.

Show More

Related Articles

Back to top button