Gaya HidupIsu SemasaTeknologi

Whatsapp Mungkin Akan Berhenti Berfungsi Untuk Telefon Anda Nanti

Aplikasi mesej segera ini akan mula berhenti berfungsi untuk sejumlah besar telefon kerana syarikat itu akan menghentikan sokongan aplikasi ini untuk model telefon yang lebih lama. Jadi, jika anda tidak mempunyai telefon yang terkini, mungkin penggunaan aplikasi WhatsApp anda akan terjejas.

Syarikat itu mengeluarkan post di blog mereka yang mengatakan bahawa Whatsapp akan berhenti berfungsi pada telefon tertentu mulai dari 30 Jun, 2017.

whatsapp

“Apabila kami cipta WhatsApp pada tahun 2009 dahulu, penggunaan manusia terhadap peranti mudah alih kelihatan sangat berbeza daripada hari ini. App Store Apple ketika itu hanya berusia beberapa bulan. Kira-kira 70 peratus daripada telefon pintar yang dijual pada masa itu mempunyai sistem operasi yang ditawarkan oleh BlackBerry dan juga Nokia.

“Apabila kami melihat masa depan kami dalam masa tujuh tahun akan datang, kami mahu menumpukan usaha kami pada platform mudah alih yang digunakan oleh sebahagian besar pengguna.”

Berikut adalah senarai telefon yang akan terkesan dengan keputusan ini:

iPhone: Whatsapp akan berhenti berfungsi untuk iPhone 3GS dan akan berhenti berfungsi pada mana-mana iPhone yang menggunakan iOS 6 (contohnya seperti telefon yang belum update kepada iOS yang terbaru).

Android: Whatsapp tidak lagi akan berfungsi di mana-mana tablet Android atau telefon yang menggunakan Android 2.1 atau 2.2.

Telefon Windows: Whatsapp akan berhenti berfungsi pada Windows 7.

BlackBerry dan Nokia – BlackBerry OS, BlackBerry 10, Nokia S40 dan Nokia Symbian S60 tidak lagi dapat menggunakan Whatsapp selepas Jun 2017.

whatsapp-main__large

Pakar teknologi Good Housekeeping, Carrie-Ann Skinner berkata, ‘Malangnya dari masa ke semasa dan fungsi telefon sudah semakin maju bersama dengan ciri-ciri dan aplikasi seperti WhatsApp dibuat untuknya, telefon lebih tua yang tidak mempunyai fungsi-fungsi dan ciri-ciri seperti ini tidak akan berfungsi dengan baik dengan aplikasi ini.

Institut The Good Housekeeping mengesyorkan ada untuk menukar sistem telefon anda kepada versi sistem operasi terbaharu, untuk memastikan supaya anda dapat menggunakan app itu.

Sumber: The Goodhousekeeping

Show More

Related Articles

Back to top button