FesyenGaya Hidup

Ini 4 Cara Gayakan Seluar Chinos Untuk Anda

Kepada mereka yang masih tidak biasa dengan seluar jenis chinos ini, untuk pengetahuan anda seluar chinos adalah seluar cotton  kasual.

Chinos adalah seluar yang sangat serba boleh. Anda hanya perlu memilih pakaian yang betul untuk dipadankan bersama barulah anda kelihatan seorang yang sangat bergaya. Anda boleh kelihatan sangat cool atau kelihatan kasual apabila memakai seluar chinos ini. Walau bagaimanapun anda harus mengelak daripada memakai chinos ini di dalam suasana yang formal atau di pejabat anda. Anda boleh cuba 4 Cara Gayakan Chinos ini dari kami :

  1. Gaya Kasual

Rupa pertama adalah rupa kasual, ia sesuai untuk keluar bersia-siar bersama rakan-rakan atau pada hari seharian anda. Gayakan bersama seluar chinos yang jenis potongan biasa atau slim  dengan t-shirt leher V ataupun dengan baju yang kasual. Lipatkan chinos sehingga ke buku lali anda. Memakai tali pinggang dan gayakan bersama kasut flip flop atau sneakers.

lookastic chinos-for-the-casual-look

  1. Gaya Denim

 Gayakan seluar chinos anda dengan baju kain denim dan lipatkan dibahagian lenggan baju denim itu. Gaya ini tidak pernah gagal dan kelihatan benar-benar smart dan bergaya.

lookbook chinos-with-denim-shirt-sleeves-folded

  1. Gaya Musim Luruh

Sesuai digayakan juga untuk  cuaca yang sejuk atau di musim sejuk. Gayakan seluar chinos anda dengan t-shirt lengan panjang. Ketika cuaca sejuk, anda boleh gunakan gaya berlapis bersama cardigan atau baju panas. Melengkapkan rupa dengan sepasang kasut but kulit dan tali pinggang yang sepadan.

5b1ed026aa1d16db8138e82b025b5a9fbut-besaq

  1. Gaya Lebih Kasual

 Gaya ini lebih kepada gaya kasual yang menampakkan lebih lelaki dari gaya kasual yang pertama di atas. Gayakan seluar chinos anda bersama baju kemeja yang dibutangkan penuh. Dan dipadankan dengan sepasang kasut kanvas kasual dan jam tangan.

099e89a7aeabd52e034d2c44cc967152 boh-besaq

Sumber: TheUnstitchd.Com

Show More

Related Articles

Back to top button