Teknologi

Facebook Mungkin Menambah Versi Snapchat Discovery Sendiri Di News Feed Anda

Facebook dilaporkan sedang bekerja untuk menyerupai seperti Snapchat Discovery di News Feed. Menurut Business Insider, Facebook telah “mendekati media dan syarikat-syarikat hiburan” dalam beberapa minggu dan kemungkinan terdapat  penyertaan ciri-ciri baru, yang akan menyerlahkan lagi kandungan dari rakan-rakan dengan secara langsung di News Feed.

News Feed yang akan datang ini akan dipanggil “Collections” menurut laporan itu. Ia berbeza daripada Instant Articles yang dilancarkan pada Mei, ia membolehkan pengguna mengetahui dengan cepat  tentang  berita-berita yang terjadi melalui aplikasi mudah alih Facebook.

Berita atau artikel yang muncul di dalam Collections itu mungkin boleh membantu masalah berita palsu pertempuran Facebook. Itu merupakan satu isu yang Snapchat telah berjaya mengelakkan dengan adakan pengawasan yang ketat demi memberi info yang betul kepada pengguna.

Di Snapchat, Discover berfungsi seperti artikel dan memberitahu maklumat dengan  mempamerkan cerita, gambar, video, dari beberapa media partner yang dipilih, dan ia merupakan satu kejayaan yang luar biasa.

Syarikat itu telah berkali-kali cuba untuk menggalakkan penggunaan dengan memberikan Discovery penempatan yang tidak dapat dielakkan dalam aplikasi, dimana ia menyaksikan 10 bilion tontonan video dan digunakan oleh 150 juta orang setiap hari. Mungkin Facebook  bertujuan untuk mengklonkan Discovery  dengan Collection terhadap maklumat dan hiburan yang tidak wajar – menambah satu lagi isu didalam sejarahnya dengan meniru Snapchat.

Paparan Discovery di Snapchat mempunyai artikel-artikel dari pelbagai media lain Imej Kredit: pcmagmiddeeast
Paparan Discovery di Snapchat mempunyai artikel-artikel dari pelbagai media lain
Imej Kredit: pcmagmiddeeast

Namun, meminjam konsep ini  boleh menjadi satu lagi cara Facebook untuk membawa masuk pendapatan dan pelabur syarikat.

Sumber: TheVerge

Show More

Related Articles

Back to top button