FesyenGaya HidupIsu SemasaKecantikan

Bolehkah ‘Jantan-Jantan’ Pada Era 21 Ini Terima Lelaki Yang Guna Makeup?

Kebanyakan wanita mungkin boleh menerima lelaki yang hanya memakai pelembap bibir. Walau bagaimanapun, jika lelaki mula meneroka ke arah alam foundation dan concealer, contour dan blusher, mereka akan mula dihukum.

1443432490_lip-balm-men

Tetapi jika majoriti wanita boleh memakai mekap untuk menutup kelemahan mereka dan meningkatkan ciri-ciri wajah tertentu dan boleh berasa lebih yakin, jadi mengapa lelaki tidak boleh melakukan perkara yang sama?

Bagaimanakah keadaan ini dipandang di Malaysia? Adakah masyarakat kita dapat menerima lelaki yang memakai make-up atau adakah ia masih satu topik pantang?

Berikut adalah antara maklumat yang di perolehi dalam penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Digest:

“Saya tidak bersetuju dengan pilihan lelaki untuk memakai makeup. Dia boleh hanya memakai pelembap bibir apabila bibirnya kering,” kata Natasha Ismail, 27.

nars_cosmetics_boutique_midvalley_10

Satu lagi responden berkata “Saya tidak kisah dengan lelaki yang memakai pelembap bibir kerana bibir mereka kering. Tetapi jika dia mula memakai foundation dan contouring? Saya tidak boleh terima. Jadilah lelaki! “Nisa Khirudin, 27.

“Saya tidak membencinya. Tetapi saya berharap ia tidak akan menjadi perkara biasa supaya lelaki yang tidak melakukannya akan turut dihakimi.” Redha Rosli, 28.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang rasa tidak ada masalah jika lelaki mahu memakai makeup untuk sebab yang sama dengan kebanyakan wanita – untuk kelihatan dan berasa lebih yakin tentang diri mereka.

Malaysian Digest telah menemubual dua orang makeup artis profesional dan pakar kecantikan di kedai-kedai solek di Kuala Lumpur untuk mengetahui sejauh mana lelaki boleh menerima makeup.

Mukhlis Idris, 33 tahun, seorang doktor yang menukar kerjayanya menjadi makeup artis berkata “Kini di Malaysia, golongan lelaki yang menghargai keunikan sebagai elemen yang berharga akan mendapati fenomena ini biasa.”

“Pada pendapat saya, saya rasa ia penting untuk lelaki (secara umumnya) memakai translucent powder untuk menyingkirkan minyak berlebihan pada wajah.

“Bagaimanapun, stigma lelaki yang memakai makeup masih dilihat sebagai lelaki yang lembik bagi sesetengah orang,” katanya.

“Pendidikan adalah kunci kepada semua langkah-langkah pertama untuk apa-apa dan dengan membuatkan mereka tahu bahawa lelaki perlu memakai make-up demi hal kerja atau identiti adalah penting.

“Make Up Bukan Hanya Untuk Membuat Seseorang Itu Kelihatan Feminin, Ia Juga Boleh Buat Seorang Lelaki Untuk Kelihatan Lebih Maskulin”

makeupmainpic

Seorang lagi makeup artis profesional yang merek telah temu buah adala Bee Ramza, 29 tahun, berpendapat bahawa ia penting untuk mendidik lelaki tentang makeup supaya ia dapat mengubah pandangan mereka tentang kecantikan dan makeup dengan menggunakan media sosial.

“Saya percaya jika kita sentiasa memberitahu orang ramai terutamanya lelaki mengenai kepentingan makeup dan penjagaan kulit, secara beransur-ansur mereka akan menjadi lebih berpengetahuan terhadap perkara ini.

“Saya sendiri menggalakkan lelaki di Malaysia untuk memakai sekurang-kurangnya makeup asas supaya mereka boleh menjadi lebih yakin dengan diri sendiri,” nasihat beliau.

Masih Baru Dengan Makeup? Ini Adalah Beberapa Tips Dari Golongan Profesional Khas Untuk Pembaca Lelaki

makeup2

Mukhlis menekankan satu perkara yang jelas tentang makeup untuk lelaki adalah, lelaki perlu muka bersih dan dikontur dengan baik, dan bukan seperti makeup untuk wanita di mana mereka lebih menekankan solekan mata yang berat atau maskara.

“Seorang lelaki yang mahu memakai makeup tidak boleh menarik atau meletakkan terlalu banyak warna pada mukanya agar dia tidak kelihatan feminin, “katanya menegaskan.

Untuk makeup harian, lelaki boleh menggunakan foundation yang tebal untuk menutup cacat cela yang ada di muka jika mereka hanya mahu rupa kulit yang bersih.

makeup5

“Lelaki dengan kulit muka berminyak perlu mencari foundation yang mattifying atau menggunakan translucent powder untuk menghapuskan minyak yang berlebihan. Jangan lupa untuk kontur atau bronze muka anda supaya ia kelihatan lebih berdimensi dan semula jadi.”

Bee turut mengingatkan semua lelaki bahawa penjagaan kulit serta kebersihan juga penting untuk mengelakkan jerawat dan kemerahan.

“Ambil langkah tambahan dalam penjagaan kulit anda, dan pastikan anda sentiasa kemas dan bersih (jika seseorang mempunyai janggut atau misai).

“Makeup bukan hanya tentang cara menggunakan make up, seseorang itu juga perlu tahu bagaimana untuk membersihkannya dengan betul untuk mengekalkan kulit yang sihat,” beliau mengingatkan.

Sumber: Malaysian Digest

Show More

Related Articles

Back to top button