Bisnes & EkonomiGaya Hidup

4 Cara Untuk Berfikir Seperti Jutawan

Terdapat empat komponen utama dalam cara jutawan berfikir. Walaupun dengan menguasai keempat-empatnya tidak akan menjamin untuk membuat anda kaya, tetapi ia pasti akan membawa anda ke jalan yang lebih tepat untuk mencapainya.

  1. Ketahui Perbezaan Antara Aset dan Liabiliti

4-5-million-lamborghini-veneno-970x647-c

Kita semua tahu definisi tradisional aset. Seperti rumah, pelaburan, dan wang tunai semuanya menambah nilai bersih anda. Walau bagaimanapun, sesuatu harta bukan sahaja sesuatu yang mempunyai nilai. Ia sesuatu yang boleh menambah nilai.

Sebagai contoh, anda ingin membeli kereta. Kereta itu sudah tentu mempunyai nilai, tetapi ia tidak akan menambah satu ringgit pun pada nilai bersih anda. Malah, ia memerlukan wang anda. Setiap bulan anda akan perlu membayar untuk minyak dan insurannya. Nilai kereta akan mula menurun setelah ia meningkat umur dan ini menjadikan kereta sebagai liabiliti.

Jika anda adalah seorang pemandu teksi, kereta itu akan menjadi aset kerana ia memberikan wang kepada anda setiap hari. Tetapi bagi pengguna biasa, kereta tidak lebih daripada sumber yang menghabiskan duit anda. Berfikir seperti ini akan mengingatkan anda untuk menghabiskan wang anda hanya kepada perkara-perkara yang akan membantu anda mengembangkan kewangan anda.

  1. Mengenal pasti Cara Menjana Pendapatan Pasif

f2359e9bf51ec1e5d141ea70596bec8f

Kebanyakan orang menyara hidup mereka dengan bekerja. Ini adalah satu contoh pendapatan yang aktif. Anda perlu pergi ke kerja setiap hari, jika anda mahu terus peroleh wang. Jika anda berhenti pergi ke tempat kerja, anda berhenti membuat duit. Kekayaan anda terhad oleh berapa banyak yang anda kerja.

Bagi kebanyakan orang, menjana pendapatan pasif adalah suatu perkara yang mudah dalam membuat beberapa pelaburan kewangan. Melabur dalam saham yang betul boleh menjana interest anda setiap bulan, tanpa memerlukan sebarang penglibatan secara langsung di pihak anda. Ramai jutawan mencari sumber pendapatan pasif, contohnya pelaburan dalam hartanah yang disewakan melalui agensi pengurusan.

Contoh lain melabur dalam perniagaan dalam talian atau luar talian. Ingat, anda tidak semestinya perlu melabur duit. Anda juga boleh melabur masa. Mewujudkan perniagaan yang berjalan dengan sendiri, seperti laman web..

  1. Jangan Biarkan Diri Anda Terpengaruh oleh Ketakutan

finances_in_order

“Beli murah, jual mahal” adalah perkataan yang biasa digunakan untuk merujuk kepada perniagaan.

Ingat kejatuhan ekonomi pada 2008 di US? Penerbitan kewangan akan membuat anda percaya bahawa sesiapa yang melabur dalam pasaran saham pada masa ini adalah tindakan yang sangat bodoh. Namun bagi tempoh tiga tahun selepas kemelesetan, keuntungan tahunan purata adalah sebanyak 11.9%

Warren Buffet, seorang pelabur jutawan berkata: “Jadi takut apabila orang lain tamak dan jadi tamak apabila orang lain sedang takut.”

  1. Hidup Di bawah Kemampuan Anda

create-wealth

Tidak kiralah gaji anda setiap tahun setinggi langit sekalipun nilainya, ia adalah penting bahawa anda hidup di bawah kemampuan anda. Orang ramai selalunya mempunyai kecenderungan untuk mula berbelanja lebih selepas gaji mereka naik, tetapi anda perlu menyimpan apa sahaja wang yang anda ada selagi boleh. Mulakannya hari ini.

Walaupun anda hanya boleh menyimpan 10 ringgit setiap bulan, ia akan menjadi satu permulaan. Lain kali kenaikan pendapatan anda, sama ada ia dari kenaikan gaji atau salah satu daripada pelaburan anda, cuba untuk menambah wang ini untuk simpanan anda, dan bukannya menghabiskan ia untuk meningkatkan gaya hidup anda.

Keseronokan harta benda pudar dengan cepat. Tetapi pada suatu hari, anda akan nampak hasilnya. Mungkin rumah yang sempurna untuk anda mulakan keluarga, atau mungkin peluang untuk melabur dalam perniagaan akan datang. Apabila peluang mula datang, anda mahu memastikan anda mempunyai sumber kewangan untuk mengambil kesempatan itu.

Sumber: Lifehacks.com

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker