AntarabangsaIsu Semasa

Ujian Vaksin Baru HIV Dilaksanakan Di Afrika Selatan

Para saintis telah mencipta satu vaksin HIV baru, di mana ia dilancarkan dan diuji di Afrika Selatan pada 30 November, Rabu lalu.

Kajian yang diberi nama  HVTN 702 tersebut melibatkan 5,400 orang lelaki dan wanita berumur antara 18 dan 35 tahun yang aktif secara seksual di 14 kawasan seluruh Afrika Selatan.

Ujian vaksin di negara itu kali ini adalah yang terbesar dan paling canggih memandangkan lebih daripada 1,000 orang dijangkiti virus HIV setiap hari di sana.

Vaksin yang diuji di HVTN 702 itu adalah berdasarkan sebuah uji kaji di Thailand pada tahun 2009, dan mereka mendapati bahawa keberkesanannya dalam melawan HIV adalah pada paras 31.2% dalam tempoh 3.5 tahun selepas vaksin itu diberikan kepada pesakit.

Vaksin ini juga bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih efektif dan bertahan lama, di mana ia bersesuaian dengan perebakan virus ini Afrika Selatan.

“HIV telah meragut nyawa ramai orang di Afrika Selatan, tetapi kami kini memulakan satu penerokaan saintifik yang akan berjaya di negara kita,” kata Glend Gray, ketua pegawai eksekutif Majlis Penyeledikan Perubatan Afrika Selatan.

Ujarnya lagi, sekiranya vaksin HIV ini didapati berkesan di negara itu, ia akan mampu untuk mengubah perebakan virus itu dengan mendadak.

Sukarelawan yang terlibat di dalam kajian yang ditaja oleh Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NIAID) dari Amerika Syarikat itu dipilih secara rawak sama ada mereka akan diberi regimen vaksin ataupun plasebo.

Mereka yang dijangkiti dengan HIV dalam kalangan masyarakat juga akan dirujuk kepada pembekal perubatan tempatan untuk menerima penjagaan, rawatan dan akan diberi kaunseling bagaimana untuk mengurangkan risiko daripada membawa virus itu kepada orang lain.

Setakat ini, lebih daripada 6.8 juta orang di Afrika Selatan telah dijangkiti HIV, tetapi negara itu mencapai kejayaan yang luar biasa dalam melancarkan program rawatan pemulihan dadah untuk pesakit, iaitu yang terbesar di dunia ini, menurut kerajaan tempatan.

Keputusan kajian vaksin ini dijangka akan diperoleh pada lewat tahun 2020 nanti.

Sumber: ABC News

Show More

Related Articles

Back to top button