Bisnes & Ekonomi

Bolehkah Buat Untung Berlipat Ganda Dalam Islam?

Adakah benar keuntungan yang kita perolehi mampu berlipat ganda? Artikel pada kali ini kami akan memberi info bisnes dari segi pandangan islam tentang keuntungan.

Untuk memperolehi keuntungan tentulah anda perlu memiliki sesebuah perniagaan yang dapat memberi keuntungan kepada anda, maka keuntungan juga secara umumnya adalah perkara yang dibenarkan oleh Syarak.

Adakah Islam mengehadkan keuntungan?

Hal ini dibolehkan mengikut neraca Siyasah Syar’iyyah yang mana satu kaedah fekah menyebut, tindakan pemerintah terhadap rakyatnya haruslah berlandaskan kepentingan umum.

Perbincangan dalam artikel ini lebih menjurus kepada sesebuah entiti perniagaan, sama ada mereka boleh menikmati keuntungan berlipat ganda atau tidak. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Rasulullah SAW memberi Urwah bin al-Ja’d al-Bariqi sedinar untuk membeli seekor biri-biri.

Urwah kemudiannya dapat membeli dua ekor biri-biri dengan duit sedinar tersebut, maka seekor biri-biri itu dijualnya dengan harga sedinar.

Urwah pun pulang kepada Rasulullah SAW dengan membawa balik seekor biri-biri dan sedinar.

Melihatkan apa yang terjadi, Rasulullah s.a.w. terus mendoakan keberkatan dalam perniagaan yang Urwah ceburi.

Daripada hadith ini, dapat kita fahami Rasulullah SAW tidak melarang keuntungan walaupun mencecah seratus peratus malah baginda turut sama meraikannya dengan mendoakan keberkatan kepada Urwah.

Ulama zaman-berzaman juga bersetuju yang Syarak tidak pernah menetapkan had keuntungan kerana yang penting, sesebuah transaksi itu berlaku atas dasar keadilan dan tolak-ansur antara pembeli dan penjual.

Imej Kredit: iStock
Imej Kredit: iStock

Apakah Jenis Keuntungan yang Diharamkan oleh Syarak?

Keuntungan yang diterima oleh penjual pada keadaan tertentu boleh menjadi haram. Contohnya jika keuntungan itu datang dari penjualan barang yang tidak diikhtiraf syarak seperti arak.

Untung yang terhasil daripada penipuan penjual juga adalah diharamkan contohnya seperti menjual barangan yang bukan asli, walaupun diketahui oleh pembeli.

Hal ini kerana pemilikan hak cipta adalah suatu perkara yang diiktiraf Syarak, maka perbuatan meniru jenama orang lain untuk keuntungan sendiri adalah haram di sisi Syarak.

Keuntungan yang terjadi hasil daripada mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain juga adalah diharamkan, melainkan kenaikan harga itu ada kos sebenar yang perlu ditanggung.

Penjual juga hendaklah munasabah dalam meletakkan harga supaya tidak terlalu tinggi; sesuai dengan apa yang dijual, kerana jika tidak, ia adalah satu bentuk kezaliman walaupun harga yang tinggi itu bukanlah riba.

Pada masa yang sama, pembeli juga perlu memainkan peranan sebagai pengguna yang rasional supaya keseimbangan harga barang dapat dikekalkan.

Kesimpulannya, syarak tidak meletakkan had maksimum keuntungan. Walaupun begitu, keuntungan yang direalisasikan oleh peniaga hendaklah mengikut lunas-lunas agama agar perniagaannya itu kekal diberkati.

Sumber:SinarHarian

 

Show More

Related Articles

Back to top button