AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Pilihan Raya Austria: Norbert Hofer Mengaku Kalah, Van Der Bellen Jadi Presiden Baharu

Pilihan Raya Presiden Austria telah berlangsung pada 24 April 2016 (pusingan pertama) dan pusingan yang kedua pada 22 May 2016.

Walau bagaimanapun, keputusan akhir (pusingan kedua) dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi negara itu selepas calon Parti Kebebasan, Norbert Hofer yang kalah tipis mencabar keputusan itu dengan mendakwa bahawa undi pos telah dimanipulasikan dan dilakukan secara haram.

Hofer ditewaskan oleh calon lawan yang merupakan bekas pemimpin Parti Greens, Alexander van der Bellen dengan majoriti undi sebanyak 30, 863 iaitu kurang satu peratus mata.

Pada 1 Julai lalu, pihak mahkamah memutuskan untuk mengadakan pemilihan semula pada 4 Disember 2016 (semalam).

Verfassungsgericht, Verfassungsgerichtshof, Verfassungsrichter, Gerhart HOLZINGER
Ketua Mahkamah Perlembagaan Austria, Gerhart Holzinger

“Keputusan yang saya umumkan pada hari ini ialah tidak ada pemenang, tidak ada yang kalah. Kita hanya mahu mengukuhkan amanah peraturan undang-undang dan demokrasi,” kata Gerhard Holzinger, Ketua Mahkamah Perlembagaan.

Walau bagaimanapun, kemenangan masih tidak berpihak kepada Hofer kali ini lalu menyebabkan beliau akhirnya mengaku kalah memandangkan rakyat masih kekal dengan pilihan mereka untuk mengundi van der Bellen sebagai pemimpin Austria.

“Saya berasa amat sedih kerana ia tidak berjalan seperti yang dirancang. Saya bukan seorang manusia jika saya tidak kecewa,” kata Hofer.

Freedom Party (FPOe) candidate Norbert Hofer reacts during an election party after the second round of the Austrian President elections on May 22, 2016 in Vienna. Austria and the European Union were on tenterhooks Monday as they waited to see whether Norbert Hofer had won a election runoff to become the bloc's first president from the anti-immigrant far-right. / AFP / APA / HERBERT PFARRHOFER / Austria OUT (Photo credit should read HERBERT PFARRHOFER/AFP/Getty Images)
Calon Parti Kebebasan, Norbert Hofer

Walaupun sedih dengan keputusan pemilihan semula itu, beliau turut menyampaikan ucapan tahniah kepada van der Bellen di atas kejayaannya dan menyeru agar semua rakyat Austria bersatu padu.

Bagi van der Bellen pula, beliau menyifatkan bahawa kemenangannya itu adalah hasil daripada sokongan dan penglibatan ratusan ribu rakyat.

“Itulah bagaimana satu pergerakan besar dibangunkan. Saya sentiasa berkempen untuk Austria pro-Eropah. Ini adalah tentang nilai-nilai murni: kebebasan, kesamarataan, dan kesetiaan.

98613477_alexander_van_der_bellen-large_transeo_i_u9apj8ruoebjoaht0k9u7hhrjvuo-zlengruma
Presiden Baharu Austria, Alexander van der Bellen

“Ini juga termasuk mereka yang tidak melakukannya dengan betul di dalam sistem ekonomi semasa,” katanya.

Bakal presiden yang akan memulakan jawatan secara rasmi pada Januari 2017 itu juga berikrar untuk berhubung dengan pengundi-pengundi secara aktif, termasuk penyokong daripada parti Kebebasan.

“Mereka mempunyai kebimbangan yang perlu diambil serius oleh presiden,” ujar beliau.

Sumber: CNN

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button