Gaya HidupHiburan

4 Filem Untuk Anda Yang Bujang

Tiada apa pun yang salah atau pelik untuk menjadi seorang yang bujang. Tetapi dengan kebanyakan filem yang ada di luar sana kebanyakannya mengisahkan kisah cinta, anda mesti akan rasa sedikit murung.

Syukurlah, sebenarnya ada juga beberapa filem yang boleh memberikan anda yang bujang itu kepuasan yang sama seperti mereka.

Berikut adalah beberapa filem-filem untuk anda mula tonton dan AMARAN: akan ada, spoilers sepanjang anda baca artikel ini.

  1. France Ha

https-blueprint-api-production-s3-amazonaws-com-uploads-card-image-296430-frances_ha

Ini adalah sebuah filem mengenai seorang wanita yang kita semua boleh kaitkan sendiri dengan kejadian hidup kita. Frances Halladay, 27, (Greta Gerwig) adalah seorang pelatih untuk sebuah syarikat tarian yang ingin menjadi seorang penari profesional.

Dalam kesukaran untuk mencari tempat tinggal di New York City, semangat dia untuk mengejar impiannya tidak pernah goyah. Perkara yang indah tentang filem ini adalah bahawa ia berpusat kepada usaha Frances ‘untuk berdiri dengan kakinya sendiri sepanjang dia mengambara dunia baru itu. Ia juga menceritakan tentang kisah persahabatan wanita.

  1. Obvious Child

https-blueprint-api-production-s3-amazonaws-com-uploads-card-image-296365-screen_shot_2016-11-24_at_15-31-21

Putus cinta adalah perkara yang paling teruk. Teman lelaki Donna Stern (Jenny Slate) itu curang dengan rakan baik dia dan kemudian memutuskan untuk memberitahunya di dalam tandas sebuah kelab komedi. Dalam usaha untuk teruskan hidupnya, dia telah meniduri seorang lelaki yang dua jumpa di kelab dan kejadian itu telah membuatkan dia hamil.

Kesedihan hati dia yang sebelum itu terus bertukar dengan kebimbangan terhadap pilihan dia untuk meneruskan kehamilan, atau mahu menggugurkan kandungnya, dan sama ada atau dia perlu memberitahu lelaki yang membuat dia hamil itu atau tidak.

  1. Tiny Furniture

https-blueprint-api-production-s3-amazonaws-com-uploads-card-image-296927-3413c9d49c6d439eab631c406cf1998f

Filem ini berkisahkan Aura (Lena Dunham) yang berpindah kembali ke apartmen ibunya dalam TriBeCa selepas menamatkan pengajiannya di universiti. Dia baru sahaja ditinggalkan oleh teman lelakinya dan dia tidak pasti apa yang perlu dilakukan dengan ijazah pembikinan filem beliau. Perjuangan Aura untuk menyesuaikan dirinya dengan kehidupan selepas tamat pengajian adalah sesuatu yang ramai di antara kita boleh faham.

  1. The Help

https-blueprint-api-production-s3-amazonaws-com-uploads-card-image-296897-emma-stone-as-eugenia-skeeter-phelan-in-the

Filem ini menceritakan kisah Eugenia “Skeeter” Phelan (Emma Stone) yang muda, bercita-cita menjadi wartawan semasa era Hak Sivil pada tahun 1962. Skeeter memutuskan untuk menulis sebuah buku dari perspektif pembantu rumah di Jackson, Mississippi, menekankan kepada masalah perkauman yang mereka hadapi apabila bekerja untuk keluarga yang berkulit putih.

Status Skeeter sebagai seorang yang bujang membuat dia terkecuali dalam kelompok kawan-kawannya yang sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak, dan merupakan sesuatu yang terlalu berat untuk diterima oleh ibunya. Setelah Skeeter akhirnya mempunyai teman lelakinya, beliau kemudian telah ditinggalkan apabila teman lelakinya mendapat tahu mengenai buku yang dia tulis itu.

Sumber: mashable

Show More

Related Articles

Back to top button