FesyenGaya HidupKecantikanMakan & Minum

Tak Sangka Beg Tangan Design Nasi Lemak Jadi Koleksi Fesyen Terkenal

Kalau anda rasa selama ni anda dah tengok semua design beg pelik-pelik yang ada dalam dunia ni, anda silap kerana kami terjumpa satu lagi beg dari koleksi brand yang berjenama yang pasti akan buat anda semua geli hati bila melihatnya.

Dulu netizen sudah ramai digemparkan dengan beg market makcik daripada jenama Balenciaga, lepas tu ada pula yang reka beg rupa seperti alas kaki, dan sekarang ada pula yang mencipta beg yang rupanya sama seperti daun pisang!
daun-4

Satu lagi jenama popular yang bertempat di Paris– Hermes, telah mengeluarkan beg tangan high fesyen mereka yang rupanya tidak boleh lari daripada kelihatan seperti daun pisang, daun pandan, dan yang paling dahsyat sekali, macam nasi lemak!

Walaupun beg ini sebenarnya dikeluarkan pada tahun 2010 dalam koleksi musim bunga mereka oleh pereka design terkenal mereka Jean-Paul Gaultier, ia hanya menjadi viral baru-baru ini setelah ramai pengguna twitter saling tweet mengenainya.

                              daun-6        daun-2

Ia mungkin kelihatan unik di mata penduduk-penduduk di negara asing, tetapi bagi kita yang berasal dari negara asia, ia hanya akan kelihatan seperti anda sedang membawa nasi lemak ke hulu ke hilir.

Tetapi kalau anda berani dan pandai menggayakannya dengan fesyen harian anda, jangan takut untuk mencubanya!

 

Show More

Related Articles

Back to top button