Gaya HidupHiburanKesihatanSukan

This Is Yoga: Program Yoga Holistik Yang Anda Mahu Hadiri

This Is Yoga adalah satu acara percuma pada 4 Disember, 2016. Lululemon Athletica dan This Is Water™ telah bergabung tenaga untuk membawa anda pada program kesihatan holistik ini di samping menawarkan peluang yang unik untuk menangani perdagangan manusia.

thisisyogamichiko02

Michiko Yamanaka seorang guru yoga telah datang dari Chiba, Jepun semata-mata untuk sesi yoga khas untuk anda semua. Beliau telah mengamalkan dan mengajar yoga setiap hari. Antara jenis-jenis yoga yang beliau sering lakukan termasuk Hatha, Vinyasa, Iyenger, Ashtanga, Bikram, Sivananda, Anusara dan Kundalini yoga dari Emil Wendell, Patrick Oancia, Louisa Sear, Lucy Roberts, Paul Grilley, Guru Tsukamoto dan Dr.Motoyama.

Walaupun untuk semua sesi lain pada hari itu adalah percuma, untuk menyertai sesi yoga bersama Michiko anda hanya perlu membeli 3 botol air satu liter This Is Water™.

Bagi setiap 20% profit dari jualan air This Is WaterTM akan disalurkan kepada ‘Sisters For Sale,’ satu dokumentari mengenai pemerdagangan manusia wanita muda dari Sapa, Vietnam.

thisisyogasfs04

Program percuma ini juga akan termasuk persembahan pengajaran daripada Under The Light, sebuah Yoga Studio di Jepun. Selain itu, pelbagai makanan-makanan yang enak dan sihat yang akan disediakan pada hari itu adalah daripada Market Organic Opika dan Amazin’ Grace.

Di samping itu, This Is Yoga turut mengadakan  acara makanan sihat dan organik lain untuk menjana peserta pada hari yang menarik ini dengan persembahan baju dari Lululemon Athletica di mana anda boleh membeli item-item baru dari koleksi mereka yang menarik minat anda.

Untuk Menghadiri Kelas Yoga Michiko:

thisisyogo3bottles03

  1. Beli 3 botol air This is Water ™.
  2. Bawa resit-resit anda untuk pengesahan pada 4 Disember 2016 nanti.
  3. 50 peserta Pertama akan menerima baju dan beg eksklusif This Is Water™ sebagai cenderahati.

* PENGESAHAN BERMULA 45 MINIT SEBELUM SESI YOGA HATHA MICHIKO. SIAPA CEPAT DIA DAPAT.

Berikut adalah tentatif pada hari tersebut:

08:30 – Pembukaan and Breakfast.

09:30 – Yoga Cara Bernafas oleh UTL (kelas percuma)

10:30 – Preview “Sisters secara Sale” dan maklumat tentang dokumentari ini

11:00 – Masa makan tengah hari

12:00 – Rolfing oleh Dhayang Toon

01:00 – Power Vinyasa Yoga oleh Amy Zheng (kelas percuma)

02:00 – “Move” Muscle Relaxer oleh Wen Ng dari Fitness First (kelas percuma)

03:00 – Kutipan derma untuk “Sisters For Sale”

03:30 – Hatha Yoga dengan Michiko Yamanaka

04:30 – Meditation dengan Michiko Yamanaka

05:00 – Penutupan

Sumber: eventbrite

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close