Gaya HidupKesihatan

Kokoro: Sebuah Blog Tentang Pesakit Kanser Di Jepun Yang Sangat Menginspirasi

Di Jepun, orang ramai jarang bercakap mengenai kanser. Anda biasanya hanya akan mendengar tentang pertempuran seseorang dengan penyakit ini sama ada setelah mereka berjaya melawannya atau mati darinya.

¤¬—Ñ–ƒ‰›@ƒRƒoƒ„ƒVƒ}ƒI ƒtƒŠ[ƒAƒiƒEƒ“ƒT[A‰Ì•‘Šê”o—DEŽsìŠC˜V‘ ‚ÌÈ i“ú–{ƒ}ƒCƒNƒƒƒtƒg‚́u‚m‚…‚—@‚n‚†‚†‚‰‚ƒ‚…”­”„‹L”OƒCƒxƒ“ƒgvA“Œ‹ž“s–n“c‹æj

Mao Kobayashi (gambar di atas semasa beliau bekerja sebagai pembaca berita) bukan merupakan satu-satunya rakyat di Jepun yang mahu menyembunyikan hakikat bahawa beliau juga memiliki kanser.

Ia adalah sebuah negara di mana rakyatnya rasa keberatan untuk bercakap tentang isu peribadi dengan orang lain, apatah lagi mengenai penyakit yang serius.

Apabila sebuah akhbar tabloid melaporkan berita mengenai penyakit Kobayashi, ramai melihatnya sebagai satu pencerobohan privasi dan menimbulkan kemarahan orang ramai.

_92606106_mao_familypic

Suaminya, Ebizo Ichikawa seorang bintang Kabuki, telah mengadakan sidang akhbar mengenai isu ini dan memohon media untuk membiarkan mereka meneruskan kehidupan mereka.

Walau bagaimanapun, setelah Kobayashi sedar bahawa pilihan beliau untuk lari dan sembunyikan kehidupannya dari mata orang awam adalah satu pilihan yang sebenarnya membuatkan dirinya lebih sakit “dimamah” oleh sel-sel kanser, dia telah mengambil keputusan untuk mula menulis blog tiga bulan kemudian – mengenai perkembangan penyakitnya dan bagaimana ia telah mengubah perspektif beliau mengenai kehidupan.

“Dua tahun lalu, apabila saya berumur 32 tahun, saya telah disahkan menghidap kanser payudara. Anak perempuan saya pada ketika itu masih berusia tiga tahun, dan anak saya lelaki saya satu tahun.

Saya fikir yang semuanya akan pulih seperti biasa kerana saya boleh kembali menjadi bagaimana saya sebelum ini apabila kanser itu dirawat dan sembuh. Tetapi hakikatnya ia tidak begitu mudah dan saya masih mempunyai kanser dalam badan saya.

_92604136_maonowafterchemoTetapi dalam usaha saya ingin kembali kepada siapa diri saya sebelum ini, saya sebenarnya bergerak semakin dekat ke arah bayang-bayang kanser itu. Selepas hidup seperti itu selama 20 bulan, doktor rawatan paliatif saya berkata sesuatu yang telah mengubah fikiran saya.

“Jangan bersembunyi di sebalik kanser,” kata beliau, dan saya sedar apa yang telah berlaku. Saya telah menggunakannya sebagai alasan untuk tidak teruskan hidup.” ulas Kobayashi mengenai pengalamannya.

Beliau kemudian mengambil keputusan untuk melangkah keluar dari bayangan itu dan mula menulis blog yang dipanggil Kokoro, tentang pertempuran hidupnya dengan kanser, dan apabila dia berbuat demikian, orang ramai telah bersimpati dengannya dan turut berdoa untuknya.

_92607957_mao_son976

“Hidup saya telah dipenuhi dengan kekayaan dan warna-warni – Saya telah mencapai impian saya, dan saya juga telah bertemu cinta sejati dalam hidup saya. Saya telah diberkati dengan dua orang anak yang sangat berharga dan dikasihi oleh setiap ahli keluarga saya dan saya juga amat menyintai mereka semua.

Jadi saya memutuskan untuk tidak membenarkan masa yang telah diberikan kepada saya dibayangi sepenuhnya oleh penyakit ini. Saya akan teruskan hidup saya seperti mana yang saya mahukan,” berikut adalah kata-kata yang penuh inspirasi dari Kobayashi mengenai keselurahan perjalanan hidupnya.

Sumber: BBC

 

Show More

Related Articles

Back to top button