FesyenGaya Hidup

Tips Untuk Traveler Wanita Muslimah Ketika Pergi Melancong

Sudah ada rancangan untuk bercuti hujung tahun? Bagi traveler wanita tentu anda sentiasa ingin di lihat dalam keadaan bagus semasa bercuti. Jadi panduan ini akan membantu anda untuk sentiasa kelihatan menarik terutamanya di dalam gambar dan barang-barang apakah yang anda perlu dibawa.

  1. Pakaian Apakah Yang Ingin Dibawa:
Imej Kredit:MarinIj
Imej Kredit:MarinIj

Secara umumnya banyak orang membeli-belah sebelum mereka mengembara dan mengambil pakaian baru mereka yang mereka tidak pernah dipakai lagi.

Tiada salah sebenarnya, tetapi kebanyakan masa anda sedar bahawa di destinasi yang anda lawati nanti didapati pakaian yang anda bawa itu tidak sesuai dengan baik, dan akan berasa tidak selesa secara tiba-tiba.

Jadi adalah lebih baik anda bawa pakaian yang anda biasa pakai dan selesa. Jangan lupa  juga untuk melihat  suhu destinasi yang anda bakal lawati supaya pakaian yang and bawa bersesuaian dengan keadaan di sana.

  1. Beberapa Hijab Yang Cantik (Kesukaan Anda Tentunya)
Imej Kredit: Muslimah Travel
Imej Kredit: Muslimah Travel

Setiap wanita berhijab tentu mempunyai hijab/tudung yang paling cantik kan. Warna yang benar-benar membuat anda kelihatan segar dan lebih cantik dari yang lain.

Malah ia lebih baik lagi, anda boleh padankan dengan mana-mana pilihan pakaian seperti ‘mix and match’. Fesyen untuk musim yang panas dan segar sesuai dengan warna-warna cerah,bercorak dan motif.

Secara umumnya apabila anda berjalan pada musim sejuk, ia sesuai dengan hijab yang berwarna gelap , dan untuk musim panas sesuai warna yang cerah-cerah. (Atas sebab haba akan lebih diserap pada warna yang lebih gelap).

  1. Aksesori
Imej Kredit: Favourfit
Imej Kredit: Favourfit

Anda tentu memiliki  beberapa aksesori yang sesuai dengan pakaian anda kan – lebih besar, lebih baik (senarai barang perjalanan wanita biasanya panjang) dan yang paling penting sekali; jangan lupa pada kasut anda yang selesa. Dalam ekspedisi perjalanan, kasut yang paling sesuai untuk mana-mana tempat dan paling selesa ialah kasut ‘flats’.

Selain itu jangan lupa membawa shade atau cermin mata yang besar supaya anda kelihatan lebih bergaya (pastikan sesuai dengan bentuk muka anda).

  1. Membeli-Belah Di Destinasi Anda Tujui
Imej Kredit: NCR
Imej Kredit: NCR

Jika anda menuju ke negara “destinasi membeli-belah”  dan merancang untuk membeli banyak barang disana, nasihat saya adalah jadualkan barang apa yang hendak dibeli lebih awal dan memakai pakaian itu untuk percutian anda.

Dengan cara ini anda hanya perlu membawa keperluan asas sahaja dan membeli barang yang diperlukan ketika bercuti di destinasi tersebut. It’s light and easy travel.

  1. Elakkan faux pas

 Kita pergi ke bahagian gambar pula. Sebelum itu saya ingin menunjukkan beberapa ciri gambar faux pas. Beberapa kali saya tengok gambar percutian saya sendiri, rakan-rakan dan keluarga yang saya dapat perhatikan beberapa bentuk faux pas antaranya :

-Muka berpeluh dan berkilat: Oleh sebab foundation muka yang semakin meluntur. Ergh!

-Bayang-bayang hitam di bawah mata: Mascara dan pelapik mata yang meluntur

Aksesori: Terlalu banyak aksesori boleh membawa maut

-Pancaran matahari : Muka anda menjadi sunburn, letih dan tidak bermaya

  1. Gambar

Paling penting anda jangan lupa memakai sunblock dan jangan memakai makeup yang berat ketika pergi melancong. Biarkan muka anda di dalam makeup yang ringan dan segar sepanjang hari dan pastikan makeup anda guna itu kalis air terutamanya di kawasan mata.

Sentiasa mempunyai sepasang cermin mata gelap yang menarik.

Imej Kredit:HijabHouse

Basahkan muka dengan air seberapa banyak kali yang boleh supaya anda kelihatan segar.

Tips pose bergambar: anda boleh gayakan dengan pose sisi atau pose belakangkan jurufoto

Sumber:Halaltrip

 

Show More

Related Articles

Back to top button