Gaya HidupHiburanKesihatanSukan

10 Lagu Jamin Bantu Lari Lebih Laju Semasa Bersenam

Kita tahu yang lagu sedap didengar boleh menjadi satu pembakar semangat apabila anda mahu bersenam. Bunyi lagu di dalam telinga anda itu pasti akan membuat anda rasa lebih hebat disaat-saat akhir – tetapi bolehkah lagu-lagu itu membantu anda mengikuti setiap gerakan dengan baik?

Menurut kajian baru-baru ini, ya ia boleh! Para penyelidik di Universiti Dalhousie di Kanada telah menyuruh para peserta untuk berlari selaju mereka mampu selama 20 minit sambil mendengar lagu perlahan, dan sekali lagi sambil mendengar lagu-lagu yang rancak, dan sekali lagi tanpa mendengar apa-apa lagu.

shutterstock_271209623

“Apabila peserta mendengar lagu yang rancak, mereka berlari pada kelajuan yang lebih tinggi dengan kadar jantung yang lebih tinggi,” kata penulis kajian itu Derek Kimmerly, Ph.D.

Bonus: Mereka turut tidak berasa seperti mereka telah bekerja dengan keras pun.

“Muzik yang mempunyai lebih daripada 100 beat/seminit (atau BPM) akan menaikkan semangat kamu,” kata Carl Foster, Ph.D., pengarah makmal prestasi manusia di Universiti Wisconsin La Crosse.

Portrait of smiling woman on treadmill in gymnasium

“Rata-rata orang mengambil masa kira-kira 90 langkah seminit semasa berlari,” kata Foster. Otak kita bertindak balas untuk mendengar rentak dan badan kita secara semula jadi akan mengikut bersama dan itulah sebab mengapa lagu-lagu dengan lebih daripada 100 beat/seminit akan membuat anda bekerja  lebih keras.

Sekarang semua yang anda perlu lakukan adalah untuk mewujudkan satu senarai lagu-lagu yang akan memarakkan semangat anda semasa bersenam – dan kami ada lagu yang anda perlukan itu.

Berikut adalah 10 senarai lagu-lagu yang mempunyai lebih daripada 100 beat/seminit dan akan membuatkan rutin senaman anda kurang menyeksakan dengan mendengar mereka.

the-fast-af-running-playlist

Sumber: womenshealthmag

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker