FesyenGaya HidupSukan

Mahu Kelihatan Bergaya di Gym? Ikuti Tips Ini

Dahulunya orang pergi ke gym untuk dilihat sebagai seorang yang sihat atau mempunyai tujuan untuk menghasilkan bentuk badan yang diinginkan sehingga bekerja keras untuk mencapai objektifnya itu.

Tetapi kini, pusat gym telah berkembang menjadi sebuah ruang sosial krom dan cermin berpakaian dengan berlatarkan belakang peralatan gym dan menjadi kawasan untuk berswafoto.

Untuk kebanyakan lelaki, mereka mengatakan bahawa penampilan di gym sama penting seperti penampilan di luar ketika keluar berjalan-jalan. Berikut adalah beberapa tips yang akan membantu anda untuk menarik perhatian orang lain tentang penampilan anda di gym.

Mempunyai Pakaian Fit Terbaik

Pakaian anda harus sesuai dengan bentuk badan anda dan jangan sampai satu tahap hendak mengangkat, berlari atau mencangkung pun tidak boleh.

Kain material yang jenis jersey adalah terbaik kerana ia tidak panas dan ringan serta mudah mengikut bentuk badan anda.

Untuk seluar, anda boleh padankan dengan seluar legging. Seluar legging memudahkan anda untuk membuat pergerakan ketika bersenam sekali gus anda kelihatan bergaya walaupun di dalam gym.

Imej Kredit: Menstlefashion
Imej Kredit: Menstlefashion
Memakai Warna Selamat (Hitam,Kelabu,Putih)

Warna neutral sentiasa menang! Padankan warna seperti semua hitam, putih atau kelabu untuk keanggunan yang lebih kontemporari.

Warna-warna seperti ini sebenarnya  mempunyai keupayaan untuk menyembunyikan tompok peluh dan ia juga membuat anda kelihatan langsing.

Imej Kredit: Menstylefashion
Imej Kredit: Menstylefashion
Beg Gym Multi-Purpose

Memiliki beg gym ‘multipurpose’ mampu menambah kelihatan bergaya untuk anda.

Jika anda sering bersenam di tempat kerja (atau pejabat anda mempunyai gym), anda memerlukan beg gym yang sesuai dengan pakaian kerja anda juga.

Imej Kredit: Pinterest
Imej Kredit: Pinterest

Jangan menyimpan peralatan atau pakaian anda yang kotor di dalam beg galas yang sama selama beberapa hari. Melainkan jika anda mahu beg anda berbau seperti beg persalinan.

Rajinkan selalu mengelap lapisan beg anda yang kotor supaya ia sentiasa di dalam kelihatan bersih.

Imej Kredit: Menstylefashion
Imej Kredit: Menstylefashion
Jauhkan Diri Dari Cermin

Dari lantai sehingga siling cermin gimnasium sebenarnya tidak produktif.

Ia sebenarnya adalah untuk memantul cahaya, mewujudkan kelapangan dan membantu anda melihat bentuk anda tetapi selain daripada itu, ia sebenarnya boleh menjadi buruk bagi prestasi anda.

Penyelidik sukan di Amerika mendapati bahawa orang yang menonton diri mereka ketika  bersenam akan mencapai kesan yang lebih negatif terhadap imej badan mereka, walaupun mereka biasanya yakin dengan bagaimana mereka melihat.

Melihat cermin ketika anda sedang squat telah terbukti ia dapat memutarbelitkan idea anda dalam kedudukan badan anda, dan ia memberi kesan negatif untuk bentuk badan, kecergasan dan keyakinan diri.

Imej Kredit: Rantchic
Imej Kredit: Rantchic

Contoh di Rusia, pembina badan telah dikenali untuk melatih dengan bertutup mata untuk meningkatkan rasa mereka terhadap ruang (atau untuk mendapatkan teknikal -‘proprioception’).

Dengan cara terbaik cuba elakkan melihat  cermin kerana terlalu banyak memeriksa diri anda boleh mengurangkan masa latihan anda.

Semoga anda dapat mengadaptasi tips-tips ini.

Sumber : MenStyleFashion

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button