FesyenGaya Hidup

Tips Gayakan Kardigan Dengan Betul Dan Cara Menggayakannya

Bagi anda peminat koleksi kardigan atau yang ingin mengetahui cara menggayakan kardigan, anda berada di tempat yang betul! Bagi admin, kardigan adalah penyelamat ketika kehilangan idea untuk bergaya dengan baju-baju biasa. Di samping itu, kardigan juga antara pakaian selamat untuk kaum muslimah kerana ia labuh yang dapat menutup bahagian punggung dan bentuk badan.

Sebelum itu, kami akan memberitahu cara penggayaan kardigan yang betul seperti:

  • Jangan memakai kardigan yang panjang dengan baju yang panjang kerana ia boleh nampak tidak bergaya dan ia tampak seperti mempunyai potongan yang pelik.
  • Gayakan dengan dress yang mengikut badan anda dan warna yang menyerlah. Anda akan kelihatan muram jika menggayakan kardigan bersama dress yang berwana gelap.

  • Untuk jenis kardigan yang besar, jangan gayakan bersama seluar yang besar. Seperti maxi skirt patut dielakkan.
  • Bagi jenis wrap cardigan pula, jangan gayakan dengan skirt yang pendek kerana wrap cardigan tujuannya memang dicipta untuk digayakan bersama seluar
  • Manakala bagi Boyfriend cardigan, anda boleh gayakan ia dengan full skirt atau dress. Ia juga sesuai digayakan bersama seluar jeans skinny.

Cara menggayakannya :

  • Kardigan┬ápanjang

Kardigan labuh atau panjang yang berwarna (1 warna sahaja) sesuai digayakan bersama baju tanpa corak atau bersama corak juga. Sesuai digayakan bersama baju yang panjang dan pastikan warna pakaian berlainan dengan warna cardigan. Barulah nampak menyerlah!

  • Kardigan bercorak

Kardigan bercorak samada corak flora, tribal atau garisan lebih sesuai digayakan bersama pakaian dalam yang warnanya kosong dan tidak bercorak. Kerana corak pada bahagian cardigan sudahpun meriah dan menonjol dan jangan ditambah lagi dengan baju bahagian dalam yang bercorak. Mungkin akan nampak sedikit pelik.

  • Kardigan potongan tidak sama

Kardigan seperti ini cantik jika digayakan dengan pakaian dalam yang betul. Kerana potongannya yang belakang panjang dan bahagian depannya pendek anda boleh gayakan bersama dress labuh. Dan cuba elak gayakan cardigan ini bersama maxi skirt atau skirt yang besar. Kerana anda akan kelihatan lebih besar dari saiz sebenar bentuk badan anda.

  • Kardigan lace atau corak berlubang

Kebanyakkannya cardigan seperti ini digayakan bersama baju dalam yang lebih tebal materialnya dan mempunyai bahagian lengan yang panjang untuk menutup aurat. Boleh digayakan bersama baju lengan panjang atau dress yang lengannya panjang juga.

  • Kardigan bohomian

Kardigan boho adalah kardigan yang mempunyai corak tali-tali dipenghujungnya seperti gaya pakaian boho. Bagi yang meminati pakaian gaya boho tentu ada kardigan seperti ini bukan ? Gayakan bersama baju singlet labuh di bahagian dalam (pastikan kardigan ini tebal materialnya) dengan seluar jeans.

Kardigan sememangnya terdapat banyak variasi bentuknya, cuma terpulang kepada anda bagaimana untuk menggayakanya. Pastikan tidak nampak terlalu sarat dan serabut ya. Ini sahaja tips kardigan untuk anda, jika ada lagi info baru tentang penggayaan kardigan, tentu kami akan kongsikan lagi bersama anda!

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close