Gaya HidupKecantikanKesihatan

Adakah Lip Balm Sebenarnya Bahaya Untuk Diri Anda?

Terdapat berjuta-juta produk di luar sana yang menjanjikan untuk mengubat bibir anda yang pecah itu. Walaupun kebanyakan produk mereka berperisa buah (yang mungkin akan lebih menarik minat anda), ia sebenarnya mengandungi bahan-bahan tidak perlu yang sebenarnya boleh membuat bibir anda lebih kering daripada biasa.

Perkara yang paling penting apabila mahu membeli untuk lip balm adalah untuk mencari gabungan bahan-bahan yang bertindak seperti pelembab dan bahan-bahan yang bertindak seperti pelindung, jelaskan Diane Madfes, MD, seorang jurucakap bagi Akademi Dermatologi Amerika yang mempunyai klinik di Madfes Aesthetic di New York City.

Kehangatan bibir anda akan mencairkan lip balm supaya bahan-bahan pelembap itu boleh diserap dalam kulit kering anda, dan melindugi bibir anda. “Oleh itu, jika anda mempunyai produk dengan gabungan pelembab dan pelindung anda akan mendapat manfaat daripada kedua-duanya.”

Satu lagi langkah penting untuk memilih lip balm adalah dengan memastikan ia mempunyai SPF. “Ramai yang lupa untuk meletakkan perlindungan matahari pada bibir mereka,” kata Madfes. Beliau mencadangkan untuk mencari pelindung matahari yang diperbuat daripada zink oksida.

Untuk membuatkan senyuman anda kekal menawan dan lembut, semak senarai bahan-bahan lip balm anda dan elakkan beberapa faktor yang akan menjengkelkan bibir anda ini:

  1. Bau Harum

eos

“Ramai orang sebenarnya mempunyai alahan atau reaksi lain pada wangian yang diletakkan dalam pelembap bibir untuk membuat mereka bau dan rasa  lebih baik, dan mereka sebenarnya adalah punca kepada kebanyakan reaksi merengsa yang dialami,” kata Madfes. Cinnamates, sebatian yang berkaitan kayu manis, yang biasa digunakan untuk bau dan perlindungan matahari, adalah sebahagian daripada penyebab paling biasa, katanya.

  1. Phenol atau Menthol

lip-balm

Walaupun bahan-bahan ini boleh memberikan sensasi menyejukkan dengan serta-merta, mereka sebenarnya akan menyebabkan kerengsaan dan boleh membuat bibir anda menjadi lebih sensitive daripada biasa.

  1. Vitamin E

burts-bees-pink-grapefruit-lip-balm

Walaupun sesetengah orang akan mempunyai reaksi alahan kepada vitamin E topikal, satu kajian daripada pesakit berumur 20 tahun di Mayo Clinic Arizona mendapati bahawa alahan itu amat jarang berlaku kepadanya.

Walaupun terdapat golongan yang tidak terkesan dengan vitamin E, Ploch mengatakan yang ianya lebih baik untuk mengelaknya daripada perlu menyesal dikemudian hari. Sebaliknya bilik lip balm yang mengandungo meterai lilin lebah kerana ia akan mengekalkan kelembapan yang lebih baik tanpa ada risiko kerengsaan.

Sumber: Women’s Health Megazine

Show More

Related Articles

Back to top button