Teknologi

6 Aplikasi Yang Berguna Untuk Anda Ketika Pergi Melancong

Apabila anda melancong ke negara atau negeri lain, mungkin memberi tekanan sedikit untuk anda terutamanya ketika anda tidak tahu tempat apa yang menarik di negara itu dan bagaimana untuk pergi ke sana dan tidak tahu apakah aktivit atau pesta yang menarik ada di tempat anda lawati. Tentu anda memerlukan banyak rujukan dari pelbagai website yang hujungnya akan memeningkan anda. Kami mempunyai beberapa aplikasi yang dapat membantu memudahkan perjalanan anda ketika pergi melancong.

Imej Kredit: SouthernCrossTravelInsurance
Imej Kredit: SouthernCrossTravelInsurance
Waze

Jika anda melancong dengan kereta, Peta Google(Google Maps)  semata-mata tidak cukup – walaupun kadang-kala Waze juga mempunyai masalah fungsi integrasi. Tetapi terdapat banyak manfaat daripada Waze (Percuma) iaitu anda dapat mengakses kepada semua iaitu mempunyai masa yang nyata, data sosial yang dipilih dan disusun bersama pengguna lain yang terus menghantar berita tentang jalan di apps ini  tanpa menunggu seperti Google untuk agregat kepada Peta. Jadi, jika berlaku kemalangan di jalan raya di luar bandar, Waze akan segera memberitahu anda laluan lain yang sedia ada untuk mengelakkan keadaan huru-hara di hadapan.

Waze Imej Kredit: iClarified
Waze
Imej Kredit: iClarified

Waze juga memudahkan anda dengan dapat menambah berhenti di sepanjang laluan anda atau menghantar ETA anda kepada ahli keluarga, dan apabila anda telah melalui 100 batu, anda boleh menyemak harga gas sepanjang laluan anda. Aplikasi ini juga menawarkan ikon berguna untuk lokasi makanan segera dan perhentian rehat di sepanjang laluan anda, supaya anda tahu apa yang ada di kawasan itu tanpa perlu mengetik di atas peta.

Dan untuk menyeronokkan, anda boleh memuat turun suara baru untuk GPS.

 

TripIt

Direka untuk orang yang sering kali menaiki kapal tebang atau untuk anda yang sering menguruskan perjalanan keluarga yang perlu menempahkan tiket kapal terbang, TripIt (Free) adalah sangat berguna untuk dimuat turun.

TripIt
TripIt

Aplikasi ini akan terus menghantar info ke e-mel anda, membaca jadual perjalanan anda(itinerary), dan kemudian memaparkan semua maklumat yang berkaitan dalam penerbangan, hotel, sewa kereta, dan acara sosial dalam cara yang tersusun. Ia juga mensegerakkan rancangan anda dengan Google Calendar atau Outlook, dan jika anda mempunyai rakan-rakan atau keluarga yang melancong bersama-sama anda boleh dengan mudah berkongsi data tersebut dengan mereka.

 

PackPoint

Anda binggung barang apa yang perlu dibawa ketika hendak pegi bercuti dan takut terlupa beberapa barang yang sepatutnya anda bawak? PackPoint dapat membantu anda !

PackPoint
PackPoint

Applikasi ini akan meminta kepada anda tentang perjalanan anda dan aktiviti yang anda rancangkan dengan mengikut barang yang anda akan bawa. PackPoint kemudian menawarkan senarai pembungkusan yang menyeluruh apa yang anda paling perlukan untuk dibawa, dan ia juga mempunyai ramalan cuaca mudah untuk anda mengetahui keadaan tersebut.

 

TouristEye

Apabila anda pergi melawat negara asing tentu anda ingin mengetahui apa aktiviti yang ada yang anda boleh lakukan disitu kan ? TouristEye (Free), yang dibangunkan oleh pakar-pakar traveler dapat membantu anda merancang jadual perjalanan untuk hari tersebut.

TouristEye
TouristEye

Ia membantu mencari tempat-tempat menarik seperti muzium kabur untuk dilawati di Minnesota dan tempat hiking terbaik dalam Mendocino County. Anda juga boleh menyimpan jadual perjalanan anda untuk tontonan luar talian, atau gunakan fungsi Nearby untuk mencari aktivit menyeronokkan, atau barang pelancongan dengan menggunakan lokasi semasa anda.

 

Swarm

Swarm (Percuma) digunakan untuk menjadi aplikasi sosial untuk “check-in” dan memberitahu kepada kawan-kawan anda tentang restoran atau tempat menarik yang anda pergi.

Swarm
Swarm

Ia juga berfungsi untuk mencari tempat makan, tempat membeli belah dan gym untuk anda. Dan juga kita dapat membaca beberapa review yang orang komen tentang tempat itu. Ia juga boleh berkongsi gambar-gambar makanan atau tempat yang menarik untuk anda tunjukkan kepada kawan-kawan anda di Facebook dan di Twitter.

Cheapflights

Cheapflights adalah aplikasi kegemaran admin untuk mencari penerbangan paling murah. Oleh kerana kita tidak melakukan perjalanan pada jadual yang ditetapkan sepanjang tahun, admin akan merancang perjalanan berdasarkan  penerbangan yang paling murah. Ia akan membuat perbandingan harga dengan syarikat penerbangan yang lain secara automatik dengan memilih harga yang paling murah, menunjukkan masa perjalanan dan perhentian transit. Ia juga membantu anda mencari hotel apa yang ada di tempat yang anda bakal lawati.

Cheapflights
Cheapflights

Semoga applikasi ini dapat membantu anda ketika hendak melancong nanti!

Show More

Related Articles

Back to top button