Bisnes & EkonomiGaya HidupTeknologi

3 Perkara Anda Wajib Buat Sebelum Menjual Telefon Anda

Apabila anda sudah bersedia untuk menukar kepada telefon yang lebih canggih daripada telefon lama anda, ia adalah satu idea yang baik untuk menderma atau menjual telefon lama anda.

Tetapi sebelum melakukan itu, selain memastikan untuk memutuskan talian perkhidmatan telefon anda, anda juga perlu mengambil langkah-langkah penting ini untuk melindungi dan memelihara data peribadi anda.

  1. Pastikan anda back up telefon anda

425706-how-to-backup-ios-using-icloud-fig-1

Jika anda ingin menyimpan fail seperti muzik, gambar, atau dokumen atau apa-apa sahaja yang anda ada dalam telefon bimbit, anda perlu memindahkan mereka terlebih dahulu. Anda boleh membuat copy pada memori kad, atau menyimpannya dalam talian dengan memback up mereka ke akaun cloud anda

14499877589749

Kaedah untuk membuat back up ke akaun cloud adalah berbeza-beza mengikut jenis telefon bimbit anda, kerana pengeluar yang berbeza menawarkan penggunaan cloud yang berbeza, jadi jika anda tidak tahu bagaimana, sila hubungi perkhidmatan pelanggan mereka atau melakukan sedikit penyelidikan mengenai model telefon bimbit anda.

  1. Keluarkan kad SIM dan kad memori

iphone3-sim-removal

Sebaik sahaja anda telah back up kesemua fail-fail anda, keluarkan kad SIM dan kad SD anda. Kadang-kadang nombor telefon dan data lain boleh disimpan dalam kad SIM, jadi walaupun anda telah menamatkan perkhidmatan talian anda dan tidak memerlukan SIM itu lagi, ia sentiasa perkara yang baik untuk mengeluarkannya sebelum menderma atau menjual telefon anda.

  1. Lakukan factory reset

17816452_303

Setelah anda yakin bahawa anda mempunyai semua fail-fail dan dokumen penting diback up dan disimpan, tibalah masanya untuk mereset telefon anda dengan melakukan factory reset.

Laporan Pengguna mengesyorkan anda untuk menyulitkan peranti anda terlebih dahulu, kemudian melaksanakan factoru reset – bagaimana untuk melakukannya adalah berbeza mengikut sistem operasi telefon bimbit anda, jadi pastikan anda membuat kajian dahulu sebelum itu.

Sebaik sahaja anda telah melindungi maklumat peribadi anda, anda boleh menderma atau menjual telefon bimbit lama anda.

Sumber: Reader’s Digest

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close