Gaya HidupKecantikan

Ini Adalah Mitos-Mitos Makeup Yang Anda Tidak Tahu (Part 1)

Tak kiralah sama ada anda baru atau sudah lama bergiat dalam bidang makeup ini, anda mungkin akan terkejut dengan semua trend-trend makeup yang popular ini adalah hanya mitos semata-mata:

  1. Pumping mascara untuk dapatkan produk tambahan pada berus.

pumping-mascara-loads-extra-product-brush

Jika anda pernah melakukan ini, sedarlah bahawa  ia hanya akan pekkan lebihan formula pada berus, kerana oksigen tambahan yang masuk itu akan membuatkan berlakunya “penebalan” produk dan akan dalam jangka masa panjang, ia adalah langkah yang tidak baik.

Anda hanya akan mengurangkan jangka hayat mascara dan membuatkan formula akan kering lebih cepat. Jika anda mahu memanjangkan jangka hayat mascara kegemaran anda, hanya tambahkan beberapa titik ayedrop ke dalamnya.

  1. Concealer anda harus lebih cerah daripada warna kulit anda

your-concealer-should-lighter-than-your-skin-tone

Lebih cerah malangnya tidak sama dengan kulit yang lebih putih. Dengan memakai yang terlalu cerah, anda hanya akan mewujudkan garisan kelabu asap di bawah mata anda.

Cari formula yang paling sepadan dengan nada kulit anda tetapi agak yang agak warm-tone. Warna seperti oren, adalah cara yang terbaik untuk menghilangkan lingkaran hitam.

  1. Wanita dengan kulit matang tidak sesuai memakai produk shimmer.

women-mature-skin-shouldnt-wear-shimmer

Anda tidak akan pernah menjadi terlalu tua untuk kelihatan berseri. Walaupun shimmer boleh menyerlahkan penuaan tekstur kulit (khususnya, garis-garis halus dan liang-liang roma), tetapi anda masih boleh menggabungkan formula yang cantik berseri itu ke dalam rutin anda.

Tanpa mengira usia anda, ia adalah penting untuk menjadi strategik apabila ingin memakai jenis produk ini. Tumpukan kawasan tinggi pada muka: tulang kening, batang hidung, dan tulang pipi atas.

  1. Wanita yang mempunyai kulit berminyak perlu mengelakkan menambah kelembapan ke dalam rutin penjagaan kulit mereka

women-oily-skin-should-avoid-adding-moisture-skin-care-routine

Ini adalah tidak benar sama sekali. Malah, jika anda percaya mitos ini, anda mungkin menyumbang kepada sebum berlebihan anda. Kulit akan menghasilkan minyak yang lebih banyak sebagai tindak balas kepada kekeringan.

Membersih muka anda boleh menyingkirkan minyak semula jadi daripda muka anda, dan jika anda tidak mengembalikan kelembapan yang amat diperlukan itu, kulit anda akan bertindak balas dengan melahirkan lebih banyak minyak.

Elakkan mitos ini dengan menyuburkan kulit anda dengan penghidratan yang ringan. Cari formula penjagaan kulit yang mengandungi asid hyaluronic.

  1. Mengekalkan  makeup anda dengan bedak adalah penting

setting-makeup-powder-essential

Walaupun anda mahu untuk mengawal minyak dan membuatkan jangka hayat makeup anda kekal lebih lama, anda sebenarnya tidak perlu memakai bedak pada seluruh muka anda. Apabila anda melakukan ini, struktur tulang anda akan kelihatan kurang defined dan seri foundation anda akan pudar.

Sumber: popsugar

Show More

Related Articles

Back to top button