Sukan

Dodgeball Malaysia Kini Pemegang Ranking Nombor Satu Dunia

Tahukah anda sukan DODGEBALL ini sememangnya wujud di Malaysia? Malah sukan dodgeball Malaysia mendapat ranking NOMBOR SATU di dunia. Hebat bukan skuad dodgeball negara kita? Pada ruangan Sukan kali ini kami akan memberi info kepada anda tentang sukan dodgeball.

Untuk pengetahuan anda semua, dodgeball adalah permainan di mana pemain di kedua-dua pasukan cuba untuk membuang bola antara satu sama lain, sambil mengelak daripada terkena bola berkenaan, sepertimana permainan bola beracun.

Terdapat banyak variasi permainan, tetapi secara umumnya objektif utama setiap pasukan adalah untuk menghapuskan semua ahli pasukan lawan dengan membaling bola kepada pihak lawan, menangkap bola yang dilemparkan oleh ahli pasukan lawan, atau memaksa mereka untuk bergerak di luar padang apabila ada bola dilemparkan kepada mereka.

Imej Kredit: TheStar
Imej Kredit: TheStar

Ketika zaman kanak-kanak mungkin anda pernah bermain permainan seperti ini kan? Ini kerana, di Amerika Syarikat permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak berumur 6-12 tahun di sekolah rendah.

Walau bagaimanapun, di peringkat antarabangsa, sukan ini juga muncul popular di sekolah menengah,  sekolah tinggi, sukan kolej dan di sesetengah negara universiti juga memainkan sukan itu.

Tidak terkecuali juga di Malaysia, kanak-kanak banyak yang pernah bermain permainan ini (termasuk admin) yang digelarnya Bola Beracun. Cuma tidak ramai orang mengetahui bahawa permainan ini sebenarnya boleh dijadikan sukan di peringkat antarabangsa.

Imej Kredit: Leaguer
Imej Kredit: Leaguer

Dan siapakah juara dunia dodgeball yang mewakili Malaysia ini ? Tentulah skuad Dodgeball Wanita Negara dari Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD). Mereka berjaya meraih kejayaan dan mengekalkan ranking nombor satu dunia di peringkat antarabangsa selepas memenangi pingat emas pertamanya pada Kejohanan Dodgeball kelima di Melbourne, Australia bulan lalu.

Malaysia meraih kedudukan tertinggi selepas menewaskan Kanada, pasukan nombor satu dunia dan juara bertahan, 6-5 dalam perlawanan penentuan pingat emas. Kejohanan Dodgeball Dunia seterusnya akan berlangsung di Kanada. Pasukan Dodgeball Wanita ini membariskan gandingan dari pelajar universiti dan pekerja professional.

Imej Kredit: FacebookDodgeballMalyasia
Imej Kredit: FacebookDodgeballMalyasia

Menurut Presiden MAD Datuk Samson Maman, dodgeball mempunyai potensi besar untuk diketengahkan dalam kalangan remaja, namun masalah kewangan menjadi halangan utama kepada usaha mengembangkan sukan berkenaan di negara ini. Justeru, Samson berkata beliau akan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Belia dan Sukan mengenai permohonan bantuan kewangan bagi persatuan berkenaan.

Sekarang anda sudah tahu apa itu dodgeball bukan? Mungkin selepas ini pembaca-pembaca bercadang untuk bermain secara serius dan menjadi antara squad yang dapat mengekalkan ranking negara kita sentiasa di atas. Tentu boleh kerana kita Malaysia Boleh!

Untuk lebih jelas kami akan meletakkan video bagaimana permainan dodgeball.

Show More

Related Articles

Back to top button