Gaya HidupMakan & Minum

Ini Bagaimana Untuk Buat Stok Ayam Anda Sendiri Di Rumah

Dengan ekonomi sekarang, pastinya agak leceh untuk pergi beli ke kedai semata-mata nak beli stok ayam untuk sedapkan lagi masakan anda. Dengan harga mereka yang makin lama makin meningkat, baik anda buatnya sendiri di rumah saja. Jangan risau, ianya sangat mudah!


gallery-1478811396-gettyimages-604575549

Langkah pertama: Masukkan kesemua bahan dalam satu periuk

Bahan-bahan:

  • Seekor ayam yang bersaiz kecil
  • 2 batang karot (dikupas kulit), potong 2 inci
  • 1 batang saderi, potong 2 inci
  • 1 biji bawang besar, potong 4
  • 5 tangkai daun pasli
  • 1 ulas bawang putih
  • ½ sudu teh thyme
  • ½ daun bay

Langkah kedua: masukkan air dan rebus

gallery-1478813490-gettyimages-604575555

Masukkan air secukupnya hingga meliputi ayam dan rebus menggunakan api yang tinggi. Apabila stok itu mula mendidih, tapiskan buih yang naik dari permukaan.

Kecilkan api dan biarkan ia mereneh. Masakkan ayam hingga 1 jam dan tapiskan buih lagi jika terdapat lagi selepas itu.


gallery-1478812450-gettyimages-98593187

Langkah ketiga: Keluarkan daging ayam

Alihkan periuk daripada api dan keluarkan ayam ke dalam mangkuk (pastikan anda basuh tangan apabila mengendalikan ayam untuk mengelak daripada menyebarkan bakteria.)

Apabila ia sudah sejuk, buang kulit dan tulang daripada ayam (tapi jangan buang dalam tong sampah pula) dan simpan ayam untuk resepi lain.


gallery-1478812825-gettyimages-102967214

Langkah keempat: Renehkan

Masukkan semula kulit dan tulang ayam tadi ke dalam periuk dan panaskan semula hingga mendidih. Kecilkan api dan reneh untuk 3 jam.


gallery-1478813124-gettyimages-75375231-1

Langkah lima: Tapiskan dan simpan

Apabila ia sudah selesai mereneh, tapis stok itu ke dalam mangkuk atau bekas yang besar. Biarkan ia sejuk, tutup, dan simpan dalam peti sejuk untuk digunakan selama 3 hari, atau bekukan dan ia boleh digunakan selama 3 bulan.

Sebelum anda gunakannya, tapis dan buang lemak yang muncul pada permukaannya.

Sumber: Goodhousekeeping

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button