Gaya HidupKesihatanMakan & MinumSukan

Minuman Bertenaga Boleh Menyebabkan Hepatitis?

Seorang pekerja binaan berusia 50 tahun yang sihat tidak pernah terlibat dalam penyalahgunaan dadah, alkohol, atau mengambil apa-apa preskripsi ubat yang boleh menyebabkan penyakit hati, telah didiagnos dengan kes hepatitis yang teruk – radang hati yang boleh menyebabkan kerosakan yang kekal atau parut akibat mengambil minuman bertenaga secara berlebihan.

“Kami percaya ia adalah disebabkan pengambilan secara berlebihan salah satu komponen dalam minuman tenaga, dalam dos yang lebih tinggi daripada yang disyorkan, yang mungkin telah membawa kepada ketoksikan hati akut,” kata Vikas Khullar, M.D., Universiti Florida, Felo dalam gastroenterologi dan hepatologi.

Bagaimana minuman bertenaga boleh merosakkan hati anda

hepatitis-man-diagnosed-with-condition-after-drinking-five-energy-drinks-a-day-728452

Khususnya, vitamin B-terutamanya niasin, atau vitamin B3 mungkin merupakan punca utama di sebalik hepatitis akut lelaki tersebut. Ini kerana vitamin B seperti niasin disimpan dalam hati anda, dan apabila terlalu banyak daripada mereka berkumpul di sana, ia boleh menyebabkan hati anda tidak berfungsi, kata Dr Khullar.

Akibatnya, hati anda menjadi radang dan tidak dapat menapis toksin dari badan anda dengan betul, yang boleh membawa kepada ketidakseimbangan hormon dan risiko yang lebih tinggi untuk sesetengah jenis kanser dan hepatitis.

Jumlah vitamin B yang sering dimasukkan sebagai sebahagian daripada “gabungan tenaga” berbeza bagi setiap minuman di kalangan jenama, tetapi mereka sering boleh melebihi daripada jumlah harian yang disyorkan, kata Dr Khullar.

Adakah anda perlu berhenti minum minuman bertenaga?

energy-drinks-health-risks-jpg

Tahap niasin dalam minuman bertenaga adalah satu kebimbangan yang besar, kata penasihat pemakanan Men’s Health, Alan Aragon, M.S.

Sekiranya anda sekali-sekala mengambilnya terlebih sedikit daripada tahap yang disyorkan ianya tidak akan menjadi masalah besar, tetapi jika secara berterusan akan merisikokan kesihatan hati anda.

Dan kemasukan kafein juga boleh menjadi masalah: Had selamat perangsang adalah sehingga 400 mg setiap hari (bersamaan dengan 4 cawan kopi).

Sesetengah minuman bertenaga yang popular mengandungi sehingga 200 mg setiap tin, yang bermaksud pesakit dalam kajian baru-baru ini telah mengambil kira-kira 1,000 mg setiap hari.

Kafein yang berlebihan boleh membawa kepada sakit perut, insomnia, dan peningkatan paras hormon adrenalina, yang boleh meningkatkan tekanan darah dan kadar jantung.

Oleh itu, ia bukannya satu masalah yang besar untuk minum minuman bertenaga sekali atau dua kali sebulan, tetapi jika anda rasa diri anda memerlukan rangsangan tenaga lebih kerap, cuba alternatif lain seperti mendapatkan tidur yang cukup atau kekalkan rutin anda kepada kopi atau teh mungkin adalah idea yang lebih baik daripada mengambil minuman bertenaga.

Sumber: menshealth

Show More

Related Articles

Back to top button