Gaya HidupHiburanIsu SemasaMakan & MinumTempatan

Scoop Fest 2016: Festival Ais Krim Pertama Malaysia!

Ais krim adalah antara makanan yang boleh jadi sesuatu yang tidak digemari oleh sesetengah orang atau boleh menjadi sesuatu yang sangat DIGILAKAN orang ramai.

Sekiranya anda merupakan peminat nombor satu ais krim (tak kira apa jenis sekali pun) dan anda rasa yang anda seperti tidak boleh teruskan hidup jika tiadanya ais krim dalam hidup anda… anda sangat bertuah kerana festival ais krim pertama di Malaysia akan berlangsung tidak lama lagi!
evolve1_zps9fe884e6

Scoop Festival 2016 yang dianjurkan oleh UITM ini akan dilangsungkan pada hari Ahad, bersamaan dengan 20hb November 2016, dari pukul 10:00 pagi hingga 7:00 malam, di Evolve Concept Mall, Ara Damansara.

Ya, betul tu! Hari Ahad ya, jadi pastikan anda kosongkan jadualkan pada hari itu daripada segala gangguan lain sekiranya tidak mahu terlepas peluang sekali seumur hidup ini.

     cvggvi2wcaamzih cvggvi1w8aaiwr3 cxroeg3uqaahmkf

Pada hari berkenaan, anda akan berpeluang untuk menikmati pengalaman merasa jenis-jenis ais krim yang unik dan lazat daripada lebih 20 vendor ais krim tempatan yang anda tidak pernah merasai sebelum ini!

Bukan itu sahaja! Anda turut dapat melakukan aktiviti-aktiviti lain yang akan diadakan di Bazaar Ais Krim itu nanti, seperti:

cvggvi1wcaaoszi

 

  • Rekod #scoopselfiewithicecream
  • Peraduan makan ais krim (Terbuka Untuk Semua – untuk sertai, anda boleh hubungi 60 17-5438665)
  • Pertandingan Mewarna (umur 4-6 tahun – Untuk maklumat lanjut, hubungi Najwa 60 12668 4943)
  • Permainan-permainan menarik
  • Food Truck
  • Soopa Doopa
  • Persembahan secara langsung oleh artis-artis ternama Malaysia seperti Magenta, Ikram AF2016, Modescape, Han, Nahu feat Qya dan Aduqa Band

 

Pastikan yang anda tidak ketinggalan acara yang paling cool (pun intended) ini nanti dan jangan lupa untuk membawa keluarga dan rakan-rakan anda sekali kerana kami pasti anda akan menyukainya!

Sumber: eventbrite

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close