Bisnes & EkonomiGaya Hidup

Cara-cara buat pelan untuk kecemasan

Kita tidak akan tahu bila akan terjadinya apa-apa kecemasan. Bayangkan anda tiba-tiba jatuh sakit dan orang lain tidak dapat membayar bil-bil hospital anda, tidak dapat menghubungi peguam anda, mahupun jumpa cari kad sosial keselamatan anda.

Inilah mengapa ianya sangat penting untuk membuat fail, dokumen dan pelan untuk diri anda. “Apabila kehidupan anda dilanda masalah , ianya sangat membantu untuk menjadi teratur,” kata Nancy Doyle, CFA, pengarang buku Manage Your Financial Life.

Berikut adalah langkah-langkah untuk anda membuat fail dan pelan ICE (In-Case-of-Emergency) anda sendiri:

  1. Kumpulkan segala dokumen penting anda

02-round-steps-create-comprehensive-in-case-emergency-plan-77641459-fatesun

Fail ICE anda perlu ada sijil kelahiran, sijil kematian, sijil perkahwinan, rekod tentera, kad sosial keselamatan, kad pengenalan dan apa-apa rekod rasmi yang lain yang mungkin diperlukan tanpa kehadiran anda. Dokumen undang-undang penting juga perlu dimasukkan: Wasiat anda, surat kuasa wakil, arahan penjagaan kesihatan, gadai janji, dan nama untuk rumah dan kereta anda.


  1. Simpan fail dan pelan anda dengan selamat

04-store-steps-create-comprehensive-in-case-emergency-plan-18484632-alija

Anda perlu memastikan ia sentiasa berada di tempat yang selamat. Terdapat dua pilihan untuk anda simpan fail itu: kotak tahan api yang anda boleh simpan di rumah atau peti simpanan keselamatan di bank.


  1. Beritahu seseorang yang anda boleh percaya tentang di mana fail itu terletak

05-tell-steps-create-comprehensive-in-case-emergency-plan-86097893-kupicoo

Buat senarai orang utama, contohnya pasangan anda atau rakan kongsi, anak-anak, dan orang yang mempunyai kuasa anda wakil, dan memberitahu mereka di mana fail ICE anda terletak dan bagaimana untuk mengaksesnya. Jika memerlukan kunci buat kunci pendua.


  1. Merangka pelan

06-formulate-steps-create-comprehensive-in-case-emergency-plan-78930687-uberimages

Setelah membuat fail ICE, sudah sampai masa untuk mewujudkan satu pelan yang menerangkan bagaimana untuk mengguna dokumen-dokumen itu. Sekali lagi, ia adalah penting bahawa pelan ini wujud sebelum kecemasan berlaku.


  1. Cipta senarai kenalan kecemasan

07-contact-steps-create-comprehensive-in-case-emergency-plan-19597019-i_frontier

Mulakan dengan menyenaraikan nama-nama dan nombor telefon untuk pihak bank, peguam, penasihat pelaburan, ejen insurans, dan akauntan. Doyle mengesyor untuk menggunakan spreadsheet Excel untuk langkah ini. Dengan cara itu, ia akan lebih teratur untuk menyusun nama, peranan orang itu, maklumat kenalan, dan apa-apa nota yang anda mahu masukkan.

 


  1. Buat senarai akaun

08-accounts-steps-create-comprehensive-in-case-emergency-plan-89796453-wundervisuals

Cipta senarai akaun bank anda, akaun broker, dan pelaburan, bersama-sama dengan butir-butir di mana mereka berada, nombor akaun, dan nota.


  1. Tinggalkan arahan untuk pembayaran bil

09-leave-steps-create-comprehensive-in-case-emergency-plan-87811445-seb_ra

Buat satu senarai bil yang berakan dalam pembayaran automatik, dan akaun mana yang merangkumi mereka. Langkah ini penting untuk memastikan orang utama anda boleh mengendalikan kertas kerja anda dengan baik tanpa kehadiran anda.


  1. Kongsi kata laluan e-mel anda dengan ahli keluarga yang boleh dipercayai

10-share-steps-create-comprehensive-in-case-emergency-plan-79403861-xijian

Terutamanya pada masa kecemasan yang huru-hara, maklumat penting boleh masuk melalui e-mel. “Secara peribadi saya menggunakan sistem pengurusan kata laluan dan memberi kata laluan utama itu kepada orang yang saya percayai,” kata Doyle.


  1. Sentiasa mengemas kini fail anda

11-stay-steps-create-comprehensive-in-case-emergency-plan-97993191-pamela-moore

Doyle mengesyor untuk melakukan kemas kini sekali setahun. Pada masa ini anda akan mengatur kembalik akaun bank anda, pelaburan, pinjaman, dan kertas kerja lain. Anda juga perlu mengambil satu minit untuk mengkaji semula fail ICE anda dan merancang, dan memastikan semuanya adalah maklumat terkini.


  1. Update dengan orang-orang yang anda percaya tentang fail dan pelan anda

12-walk-steps-create-comprehensive-in-case-emergency-plan-100740601-demaerre

Kumpulkan orang-orang utama anda dan mengkaji semula pelan anda setiap tahun. Dengan cara itu, mereka yang terlibat mempunyai peringatan dan pengetahuan tentang lokasi fail dan arahan, dan boleh membantu anda mengisi sebarang maklumat yang mereka rasa mungkin akan hilang.

Sumber: Readers Digest

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close