AntarabangsaFesyenGaya HidupIsu SemasaTempatan

Alas Kaki Asia Menjadi Beg Berjenama Di Amerika

Kenapa? Anda rasa macam pernah lihat rekaan beg berjenama ini? Mungkin gambar ini boleh bantu anda ingat kembali di mana sebenarnya anda pernah nampaknya sebelum ini.

carpet2

Ya, inilah hakikat yang anda semua perlu terima kerana sekarang alas kaki yang kita guna untuk tandas atau di pintu masuk rumah telah pun dijadikan satu rekaan “designer bag” di negara dikenali sebagai tempat lahirnya jenama-jenama fesyen yang sangat popular di dunia.

Nomad Tribe Shop adalah sebuah syarikat yang bergiat sebagai platform kecil bagi jenama-jenama fesyen lain untuk menjual produk mereka secara online di Amerika dan clutch ini ada dijual di situ.

untitled

Clutch yang dikatakan sangat ‘fancy’ ini dijual dengan harga setinggi USD 200, iaitu bersamaan dengan RM835, dan ini tidak termasuk dengan harga cukai dan pos lagi.

Beg tangan ini telah mendapat nama dan glamournya setelah ia digayakan oleh seorang model dan blogger Amerika, Kyrzayda Rodriguez yang kemudiannya dijadikan viral dan bahan gelak ketawa oleh penduduk-penduduk di negara asia yang memilikinya sebagai alas kaki di rumah.

collage_3

Walau bagaimanapun, perekanya tetap perlu diberikan kredit kerana telah berani mereka sesuatu yang dikenali sebagai tempat mengelap kaki dan menukarnya menjadi satu beg tangan yang trendy untuk digayakan oleh masyarakat.

Sekiranya anda berminat dengan fesyen ini, jangan membazir beli yang original dan sebaliknya hasilkan versi anda sendiri dengan hanya mengeluarkan kos sebanyak RM 2.50 sahaja!

Sumber: bangkok.coconuts.co/

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close