FesyenGaya HidupKecantikan

11 Jenis-Jenis Berus Makeup Yang Anda Perlukan Untuk Mendapatkan Hasil Yang Sempurna:

Kalau ini adalah pertama kali anda mula atau mahu bergiat dalam bidang makeup, anda pasti akan pening kepala dengan beratus-ratus jenis berus makeup berlainan yang ada di luar sana.

Yang mana satu berus untuk muka? Yang mana satu untuk mata? Yang mana satu untuk pipi ni? Haa, mari lihat semua senarai berus di bawah yang anda perlukan untuk mendapatkan hasil makeup yang flawless.

  1. Berus foundation

4d75bf80-a85d-4d72-bcfe-61748e8053b4

Obviously berus ini digunakan untuk meratakan foundation liquid atau cream anda. Dengan berus ini foundation anda pasti tidak akan kelihatan caca merba atau streaky.


  1. Berus kabuki

cadb275363e315228497b8dc98984589

Berus besar ini adalah sempurna untuk menyapu bronzers dan powder, dan menyama ratakan produk di seluruh muka atau badan anda.


  1. Berus bedak

10137225

Berus yang berbulu panjang ini akan menyama ratakan loose powder atau apa-apa produk powder yang anda gunakan.


  1. Berus angled blush

1478104319-gallery-1431375296-contourcomp

 

Disebabkan bulunya yang condon, ia akan membuatkan ianya lebih mudah untuk memakai produk seperti blusher dengan sempurna untuk tulang pipi anda.


  1. Berus concealer

1478103377-nrm_1410898000-edg_1292

Berus sintetik kecil ini sesuai untuk menutup segala cacat cela tertentu yang ada pada muka anda dan memerlukan perlindungan tambahan.


  1. Berus eyeshadow all-over

2271771

Berus ini digunakan untuk menyapu eyeshadow krim atau serbuk pada mata anda.


  1. Berus blending

maxresdefault

Bulu yang gebu pada berus ini sesuai untuk meratakan atau ‘blend’ eye shadow yang digunakan hingga kesemua produk meresap dalam lipatan mata anda.


  1. Berus smudger

1478103411-lauren

Gunakan berus ini untuk melembutkan eyeliner atau eyeshadow anda untuk menghasilkan rupa ‘smoky’ dan menawan.


  1. Berus eyeliner bersudut

gallery-1478104470-gallery-1431363430-angeledbrush

Jika selama ini anda ada isu dengan eyeliner biasa apabila ingin mengahasilkan rupa cat eye, berus ini akan membantu anda memudahkan lagi proses itu.


  1. Berus bulu mata /sikat kening

gallery-1478104508-gallery-1431365128-eyebrowbrushcomb

Gunakan duo ini untuk menyisir bulu kening dan menyingkirkan bulu mata anda yang clumpy setelah memakai mascara.


  1. Berus fan (kipas)

84004_fan-brush_zoom

Gunakan ini untuk membersihkan apa-apa produk eyeshadow yang jatuh di bawah mata anda. Ia juga boleh digunakan untuk memakai highlighter pada tulang pipi anda.

Sumber: womansday

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close