Gaya HidupKesihatan

Bagaimana dan Mengapa Perlu Periksa Testis Setiap Bulan

Terjumpa ketulan di kawasan sulit adalah salah satu perkara yang paling menyeramkan untuk lelaki.

Tetapi jika ketumbuhan itu benar-benar kanser testis, menyingkirnya seawal yang mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda.

Kanser testis adalah salah satu bentuk kanser yang boleh diubati, tetapi peluang anda untuk mengalahkannya adalah tipis sekiranya ia sudah mula merebak sebelum ia didiagnosis.

  • Adakah anda perlu lakukan pemeriksaan zakar dengan kerap?

3-why-men-die-young-avoid-doctors

Lakukan pemeriksaan dengan doktor dan minta dia untuk menjelaskan kepada anda tentang hal ini supaya anda tahu bagaimana ketulan yang sebenar akan rasa.

Sebaik sahaja anda jelas tentang strukturnya, anda akan dapat kesan apa-apa perubahan yang berlaku pada buah zakar anda, kata Tobias Kohler, MD, seorang jurucakap bagi Persatuan Urologi Amerika dan profesor urologi di Southern Illinois University School of Medicine yang turut mengesyorkan supaya melakukan pemeriksaan buah zakar sebulan sekali.

  • Bagaimana untuk melakukan pemeriksaan testis anda sendiri

infection

Tempat dan masa terbaik untuk memeriksa buah zakar anda adalah ketika di bilik mandi.

Ini kerana kehangatan daripada air suam itu akan  menenangkan skrotum anda dan membuat ia lebih mudah untuk anda merasa apa-apa yang tidak normal, kata Nicholas Kos, M.D., seorang profesor pakar urologi dan pembantu di University of Colorado.

Mula di bahagian atas buah zakar kiri anda. Pegangnya di antara ibu jari dan jari-jari kedua-dua tangan dan perlahan-lahan ramasnya di antara jari anda sambil anda bergerak ke bawah. Ulanginya pada yang sebelah kanan.

Pastikan anda alert dengan apa-apa ketulan keras, lebam licin atau berketul, atau perubahan yang luar biasa dari segi saiz, bentuk, dan konsisten pada buah zakar anda.

check-your-testicles

Anda mungkin tidak dapat merasai beratnya, tetapi jika ia memang ada ia akan membuat buah zakar anda berasa amat keras.

Ia sememangnya sesuatu yang menakutkan, tetapi ingat yang tidak semua benda pelik yang anda jumpa semasa pemeriksaan sendiri anda itu sememangnya menjurus kanser testis.

Sebagai contoh, jika buah zakar anda rasa dan kelihatan seperti beg cacing, anda mungkin mempunyai varicoceles, atau pembesaran urat dalam buah zakar anda.

Anda juga mungkin terjumpa lebam yang tidak berbahaya seperti sista atau hasil daripada pemutaran testis, yang merupakan keadaan yang menyakitkan di mana buah zakar anda terpusing dan bengkak.

Hanya doktor sahaja boleh tahu dengan pasti, jadi, jika anda perasan  terdapat benjolan atau ketulan yang terasa berbeza telah tiba-tiba muncul, dan membimbangkan anda, segera lakukan temujanji dengan pakar urologi anda.

Sumber: Menshealth

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close