AntarabangsaGaya HidupIsu SemasaKesihatan

Kajian Mendapati Faktor Risiko Baru Bagi Orang Yang Sering Sakit Kepala dan Migrain

Satu kajian yang diterbitkan dalam edisi dalam talian, “Headache”: Ketua Jurnal Sakit Kepala dan Muka telah mendapati bahawa penghidap migrain adalah berisiko tinggi untuk membangunkan keadaan tiroid yang dipanggil hipotiroidisme.

Kajian keluaran penyelidik University of Cincinnati College of Medicine mungkin telah menemui kaitan antara 12% daripada rakyat Amerika yang mengalami migrain dan 2% yang mengalami hipotiroidisme.

dt_141125_migraine_headache_800x600

Hipotiroidisme berlaku apabila badan tidak dapat menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi dan menyebabkan individu itu mengalami perubahan emosi, berat badan, keguguran rambut, keletihan, sembelit dan kitaran haid yang tidak teratur.

Jadi, ia sebenarnya sedikit lebih teruk daripada sekadar sakit kepala biasa di hujung hari, dan walaupun ia jarang mengancam nyawa, migrain dan hipotiroidisme tetap akan menyebabkan kualiti hidup anda menurun jika tidak dirawat dengan secukupnya.

“Kajian kami mungkin paling sesuai untuk ditujukan kepada mereka yang mempunyai sakit kepala ‘lebih kerap’ kerana sebahagian besar dari orang-orang dengan sakit kepala mengesahkan bahawa mereka mengalami ‘sakit kepala yang kerap’ semasa pemeriksaan soal selidik,” kata Vincent Martin, salah seorang penulis kajian itu.

Para penyelidik juga berkata, bahawa sebagai wanita, peningkatan usia, dan obesiti semuanya juga faktor untuk hipotiroidisme.

c_scalefl_progressiveq_80w_800

Jadi mengapa sakit kepala dan migraine boleh menyebabkan ini berlaku?

Salah satunya adalah disebabkan tekanan, dan mungkin juga disebabkan sakit kepala mengaktifkan sistem imun, dan menyebabkan pembangunan hipotiroidisme pada masa depan.

Namun begitu, ianya masih tidak diketahui pada masa ini apakah hubungan yang mengaitkan mereka.

Tetapi buat masa sekarang ianya adalah idea yang bijak untuk mereka yang sering sakit kepala untuk menjadi lebih berhati-hati mencari tanda-tanda yang akan menyebabkan berlakunya hipotiroidisme.

Sumber: m2now

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button