Gaya HidupIsu SemasaTempatan

Jangan Lupa Untuk Saksikan Fenomena Supermoon Terbesar

Memang ramai yang pernah impi untuk menjadi seorang angkasawan semasa mereka kecil dulu, dan mugkin masih ada yang mengharap untuk menjayakan cita-citanya itu.

Anda mungkin selalu tertanya-tanya tentang bagaimana sebenarnya rupa atau imej planet-planet lain di dunia ini, tetapi masih tidak berpeluang untuk merealisasikannya.

Tapi, anda kini berpeluang untuk menyaksikan salah satu daripada planet-planet itu pada hari Isnin depan iaitu bersamaan dengan 14 November 2016 dari jarak yang sangat dekat daripada biasa!

supermoon-1

Planet yang kami maksudkan adalah tidak lain dan tidak bukan, bulan!

Supermoon atau ‘perigee’, adalah satu fenomena apabila kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi.

Selain itu, fenomena kali ini juga dikatakan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) merupakan Supermoon terbesar yang berada pada jarak paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun lepas.

Walaupun ia pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 Sept 2015, namun kejadian kali ini merupakan yang terbesar sekali berbanding yang sebelumnya.

the-full-supermoon-is-seen-over-boston

Jangan lupa untuk set dalam jadual anda tentang hari fenomena tersebut yang dikatakan akan berlaku pada pukul 7.24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuhnya atau purnama pada pukul 9.45 malam.

Untuk makluman yang lebih lanjut tentang kejadian luar biasa ini, anda boleh melayari laman sesawang, akaun Facebook dan Twitter Angkasa, dan anda juga digalakan untuk berkongsi koleksi gambar anda sendiri di sana.

Sumber: Bernama

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button